Maksudnya :“..supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendalam Pengetahuan-Nya tentang apa yang kamu lakukan”.
(Al-Mujadalah : 11)
Salam Imtihan buat semua,
Untuk kesekian kalinya bumi berkat Syria di’hantui’ satu suasana yang menjadi ketakutan atau seolah-olah ‘mimpi ngeri’ kepada kebanyakan tholabah al- ‘ilm iaitu fatrah yang dikenali dengan fatrah imtihan. Alhamdulillah.. kekadang kita berfikir, sebenarnya kita sangat beruntung berada di bumi berkat ini kerana wujudnya para ulama’ yang ikhlas di sekeliling kita dan yang paling penting ialah بيئة (suasana) menuntut ilmu yang sukar kita dapati di tempat-tempat lain.
Salam imtihan, salam perjuangan buatsahabat-sahabiah sekalian. Didoakan moga kita diberikesempatan oleh Allah s.w.t untuk terus mengecapi nikmat iman dan Islam sehingga agama yang mulia ini tertegak suci di muka bumi ini. Dalam fatrah kita menghadapi suasana imtihan ini sukalah sayamemberikan sedikit taujihat sebagai ingatan kitabersama walaupun antara kita terpisah di benua yang berbeza saya di Malaysia dan kalian di bumi Syria, ia tidaklah menjadi halangan dalam usaha menyampaikan amanah ini sekalipun situasi kita yang tidak sama tapi hakikatnya ujian yang kita tempuh sama sahaja walau di mana jua kita berada.
Selesema babi atau Influenza A (H1N1) merujuk kepada influenza (demam selesema) yang disebabkan oleh mana-mana virus dalam keluarga Orthomyxoviridae, berasal dari wabak yang menjangkiti populasi babi. Pada babi, wabak ini sejenis penyakit berjangkit yang mengganggu sistem pernafasan babi dan berpunca daripada salah satu jenis virus selesema. Jenis virus ini dikenali sebagai virus influenza babi (swine influenza virus atau SIV). Kesemua jenis SIV yang diketahui dikelaskan sebagai virus influenza A (biasa) atau virus influenza C (jarang). Sementara virus influenza B tidak pernah dilaporkan wujud pada babi. Kesemua tiga kled, virus influenza A, B, dan C, boleh menjadi wabak pada manusia.
Kami mewakili penganjur program Seminar Usahawan ICT memohon ribuan kemaafan di atas pembatalan program tersebut. Ini adalah kerana menuruti saranan kerjaan supaya tidak ke luar negara untuk jangka masa tersekat ini kerana dikuhatiri bakal mengundang virus H1N1 yang sedang menular sekarang. Justeru itu kami mengharapkan agar semua pelajar dapat menerima keputusan ini dengan hati terbuka. InsyaAllah kami akan mengatur kembali jadual Program tersebut ke suatu masa yang akan dimaklumkan kemudian. Terima kasih
Seminar ini bertujuan untuk membantu para pelajar yang berminat dengan dunia keusahawanan agar diberi penerangan, bimbingan lanjut dan bantuan dari semua segi seperti dana, mentor dan sokongan oleh pihak kerajaan. Program ini dapat membantu para pelajar untuk mengetahui dengan lebih jelas cara-cara membuka perniagaan dan menjadi usahawan berjaya apabila pulang ke Malaysia. Program ini diadakan anjuran Multimedia Development Corporation Malaysia (MDEC) anak syarikat Multimedia Super Coridor, agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi