MUJAMMA' FATAH AL-ISLAMI
MUJAMMA’ FATAH ISLAMI
1- PENGENALAN
Institusi telah ini diasaskan pada tahun 1957 oleh Syeikh Muhammad Soleh Al-Farfur yang merupakan salah seorang ulama’ Mazhab Hanafi yang terkenal di kota Damascus satu ketika dahulu dan juga ayah kepada Mudir Qisim Takhassus sekarang iaitu Dr. Hussamuddin Farfur. Bangunan ataupun lokasi pertamanya adalah terletak di kawasan berhampiran Pasar Hamidiyah dan sekarang kedudukan lokasinya telah berubah dan terletak di Jamek Bilal, di kawasan Sinaah (lelaki) dan Jamek Ayyub Al- Ansari di kawasan Zahirah Jadidah (perempuan). Institut ini juga adalah salah sebuah institusi pengajian swasta.
Pengajian di institusi ini terbahagi kepada dua bahagian :
1. Ma’ahad Fatah Islami.
2. Qisim Takhassus Fatah Islami.
3. Qisim Dirasah ‘Ulya.
1.1 Ma’ahad Fatah Islami
Ma’ahad ini adalah dianggap sebagai instiutsi pengajian maahad yang terbaik di damascus kerana sukatan pelajaran yang tinggi dan mengutamakan disiplin para pelajar. Insitusi ini dikendalikan oleh seorang mudir merangkap Mufti bagi Mazhab Hanafi di Damascus iaitu Dr. Abdul Fatah Bazzem. Seperti kebanyakan Ma’ahad Syarie’ yang lain, pengajiannya dijalankan pada sebelah pagi. Ma’ahad ini berpegang kepada Mazhab Hanafi sepenuhnya.
1.1.1 Sistem Pengajian
- Pengajian di Ma’ahad ini adalah selama enam tahun bermula dari tahun satu sehingga tahun enam dan pengajian setahun adalah selama dua semester. Semester Pertama bermula pada pertengahan bulan sembilan dan berakhir sekitar penghujung bulan satu.
- Semester Kedua pula bermula pada awal bulan dua sehingga akhir bulan lima. Hari pengajian bagi setahun adalah selama 122 hari dan cuti musim panas adalah selama dua bulan setengah.
- Waktu pengajian bagi ma’ahad ini adalah sebelah pagi bermula pada 7.30pg sehingga 2.00 ptg, lima hari seminggu bermula dari hari Ahad sehingga khamis, cuti dua hari seminggu iaitu hari Jumaat dan Sabtu
1.1.2 Sukatan Pelajaran Ma’ahad Fatah Islami
Sila rujuk lampiran A
1.1.3 Keistimewaan Dan Bantuan
Keistimewaan ma’ahad ini adalah pengajian diberikan secara percuma dan bantuan kewangan disediakan sebanyak L.S 3,400 L.S sebulan bagi yang belum berkahwin dan L.S 5,100 bagi yang berkahwin dan terdapat juga bantuan mengikut sempena tertentu seperti Hari Raya, Bulan Ramadan dalam bentuk barangan dan lain-lain.
1.2 Takhassus Fatah Islami.
Qisim atau bahagianTakhasus Fatah Islami adalah bercorakkan sistem pengajian Jamiah. Ia mengendalikan pengajian selama 4 tahun. Qisim takhassus ini ditadbir oleh anak kepada Syeikh Solah Farfur iaitu Dr. Hussamuddin Farfur yang merupakan salah seorang ulama’ yang disegani di Damascus.
Kuliah-kuliah yang terdapat di Qisim Takhasus ini ialah:
1 Kuliah Syariah.
2 Kuliah Usuluddin.
3 Kuliah Syariah dan Undang-undang. (lelaki sahaja)
4 Kuliah Sastera Arab.
5 Kuliah Sejarah dan Ketamadunan.
6 Kuliah Pengajian Islam dan Bahasa Arab.
7 Kuliah Kewartawanan dan Penerangan.
8 Kuliah Qiraat.
9 Kuliah Ekonomi Islam.
10 Pengajian peringkat Master :
-Bahasa Arab
-Usuluddin
-Syariah
-Dakwah (dalam berbagai bahasa)
1.2.1 Sistem Pengajian dan Waktu
1 Pengajian di Qisim ini adalah selama 4 tahun. Dan setiap tahun hanya mempunyai satu semester sahaja.
2 Pengambilan pelajar baru sekitar bulan 8 sebelum sesi pengajian baru bermula.
3 Pengajian adalah selama lapan bulan bagi tempoh setahun bermula dari 1hb. bulan Oktober sehingga bulan Jun. Cuti adalah pada musim panas iaitu pada bulan Julai, Ogos dan September.
4 Waktu pengajian bermula pada pukul 2.15 ptg. sehingga 7.30 mlm dan selama lima hari seminggu bermula dari hari Ahad sehingga hari Khamis. Cuti pada Hari Jumat dan Sabtu. Waktu pengajian pada bulan Ramadhan dikurangkan sebanyak 3 jam .
5 Peperiksaan diadakan sekitar bulan Jun selama sebulan bagi tahun satu dan dua, manakala bagi tahun tiga dan Master peperiksaan pada sekitar bulan Jun dan Julai.
6 Jika enam mata pelajaran didapati gagal, maka pelajar tidak berjaya untuk naik ke tahun seterusnya. Bagi Pelajar Master jika hanya satu mata pelajaran gagal maka dikehendaki mengulang tahun yang sama bersama semua mata pelajaran yang diambil (walaupun yang sudah berjaya).
7 Nisbah kehadiran di permulaan bulan pertama mestilah 100%.
1.2.2 Yuran
Yuran yang dikenakan setelah lulus ujian kemasukan tahun satu adalah sebanyak:
- Yuran Pendaftaran : 10,000 L.S
- Yuran Tahunan : 15,000 L.S
= 25000 L.S = USD 500
Yuran tahun-tahun berikut adalah sebanyak 15000 L.S
1.2.3 Sukatan Pelajaran Qisim Takhasus Tahun Satu
4.1 Sila rujuk lampiran B
1.2.4 Syarat Pendaftaran dan Ujian Kemasukan
- Ma’ahad Fatah Islami
- Syarat-Syarat Kemasukan
1 Berumur 18 tahun ke atas (bangsa selain Arab)
2 Mempunyai Syahadah Thanawi dan setaraf.
3 Lulus ujian kemasukan.
- Butiran-Butiran yang diperlukan untuk pendaftaran bagi Ma’ahad Fatah Islami
1 Pasport asli serta salinan dan terjemahan passport yang disahkan.
2 Gambar sebanyak 6 keping (ikut perubahan).
3 Syahadah Thanawi atau yang setaraf dengannya dan disahkan.
4 Salinan sijil yang dibawa yang disahkan.
- Pendaftaran Dan Muqabalah (Ujian kemasukan) bagi Ma’ahad Fatah Islami
Pendaftaran dan ujian kemasukan (muqabalah) ma’ahad ini adalah pada bulan september (mengikut perubahan semasa). Selang 2 atau 3 hari kemudian bagi yang lulus muqabalah akan diuji sekali lagi dengan Mudir Ma’ahad iaitu Sheikh Fatah Bazzam. Setelah diluluskan oleh Mudir tersebut barulah pelajar diterima masuk. Di antara soalan yang ditanya ketika muqabalah tersebut ialah:
- Bacaan kitab arab.
- Bacaan dan hafalan Al-Quran.
- Imlak.
- Qisim Takhassus Fatah Islami
- Butiran-Butiran yang diperlukan untuk pendaftaran bagi Qisim Takhassus Fatah Islami:
1 Mempunyai Syahadah Thanawi, SPM atau yang setaraf dengannya.
2 Empat keping gambar berukuran passport.
3 Passport, salinan fotokopi dan terjemahan Passport.
4 Salinan sijil yang dibawa.
- Pendaftaran Dan Muqabalah bagi Ma’ahad Fatah Islami
Pendaftaran untuk muqabalah sekitar bulan 8 (mengikut perubahan semasa). Pelajar dikehendaki mendaftar, menentukan kuliah dan mengambil nombor untuk muqabalah.



