Khamis 09 September 2010
Saiz Teks
   

MAAHAD DARUL ARQAM

AddThis Social Bookmark Button

MAAHAD DARUL ARQAM

(*maklumat terkini yang diperoleh pihak Maahad telah menutup permohonan dari pelajar luar negara)

 

Pengenalan:

Maahad ini merupakan salah sebuah instituti pengajian agama yang terletak di luar Dimasyq iaitu di sebuah perkampungan yang bernama Mambisyh, kira-kira 400 km dari bandaraya Dimasyk, 81 km dari bandar Halab, 30 km dari Utara Sungai Furat dan juga 35 km dari bandar Tarablus. Suasana aman dan penuh ketenangan itu amat sesuai didirikan sebuah sekolah yang berteraskan agama agar jauh dari kebisingan dan keriuhan kota. Sekolah ini ditadbir oleh seorang mudir dan beberapa orang ustaz yang terlatih. Mudirnya bernama Sheikh Dr. Ahmad Isa Muhammad.

Pendaftaran dan ujian kemasukan:

Syarata Kemasukan:

Syarat kemasukan bagi pelajar pengajian Agama seluruh dunia seperti syarat berikut:

- Mempunyai sijil ibtidai dan yang setaraf dengannya.
- Umur tidak kurang dari 13 tahun.
- Sihat tuduh badan.
- Akhlak baik.
- Boleh berkomunikasa dalam bahasa arab, menulis, mengarang.

Tempoh Pengajian:

Tempoh pengajian Selama 6 tahun. Pengajian bermula pada bulan sembilan (9)dan berakhir pada akhir bulan lima (5). Maahad ini jga menyedialan daurah musim panas bagi pelajar asing, pengajian bermula pada bulan jun hingga bulan oktober.

Masa pengajian:

-Bangun tidur setengah jam sebelum solat subuh dan membaca wirid selepasnya.
-Mengulangkaji pelajaran setengah jam sebelum sarapan pagi.
-Sebelum memasuki kelas, berhimpun di halaman sekolah untuk mendengar bacaan Al-Quran yang akan dibaca oleh salah seorang pelajar yang ditentukan dan juga nasihat yang disampaikan oleh salah seorang ustaz yang ditaklifkan.
-Pada masa rehat, diwajibkan bersolat dhuha.
-Selepas tamat pengajian pagi, diwajibkan bersembahyang zuhur berjemaah dan selepasnya makan tengahari.
-Selepasnya masa berehat sehingga waktu asar.
-Selepas asar 

Sistem pengajian:

Maahad ini mempunyai dua tingkatan pelajaran:

1. Ikdadi (Menengah Rendah)
2. Sanawi (Menengah Atas)