Khamis 09 September 2010
Saiz Teks
   

MAAHAD DUWALI LIL AJANIB

AddThis Social Bookmark Button

MA’AHAD DUWALI
LIL ULUM SYAR’IYYAH WAL-ARABIYYAH

1- Pengenalan

Maahad Duwali lil Ulum Syar’iyyah wal Arabiyyah telah ditubuhkan pada tahun 2008 di bawah pengawasan Kementerian Auqaf. Ianya ditubuhkan atas beberapa sebab yang difikirkan perlu oleh Kerajaan Syria. Pada asalnya, ia adalah gabungan pelajar tahun satu daripada beberapa buah maahad serata dimasyq. Maahad ini dikhususkan untuk pelajar asing sahaja.

2- Lokasi

Institut ini terletak di Bab Soghir, ia berkongsi bangunan dengan Maahad Aminiah.

3- Pendaftaran

- Melalui temuduga.
- Mempunyai syahadah thanawiyah.
- Pasport.
- Surat sokongan dari kedutaan.
- Surat pengesahan bebas penyakit.
- Surat pengesahan bebas jenayah.
- Boleh mematuhi segala undang-undang Negara Syria.

4- Ujian Kemasukan (Muqabalah).


5- Sistem Pengajian dan Sukatan Pelajaran
 
Tempoh pengajian di maahad ini adalah selama 5 tahun. Pengajian maahad ini diadakan pada sebelah petang, bermula pada pukul 1.00 sehingga 7.00 malam. Pengajian sebanyak 6 hari seminggu dan cuti hanya pada hari jumaat. Sukatan pelajaran tidak dapat dilampirkan kerana maahad ini masih baru.