MA’AHAD TAHZIB WA-TA’LIM
MA’AHAD TAHZIB WA-TA’LIM
(*maklumat terkini yang diperoleh pihak Maahad telah menutup permohonan dari pelajar luar negara)
1- Pengenalan
Ma’had Tahzib ialah maahad yang diasaskan oleh al-Allamah as-Syeikh Hashim al-Khatib al-Hasani pada tahun 1931 dan merupakan antara institut pengajian yang tertua di kota Damascus. Ianya pernah ditutup pada suatu ketika dahulu dan kemudiannya dibuka semula pada sekitar tahun 90 ‘an. Kini pentadbirannya di bawah kelolaan Sheikh Omar Sawwah.
2- Lokasi
Institut ini terletak di dalam kawasan Suq Hamidiyah (Pasar Hamidiyah) yang berdekatan dengan Masjid Al-Umawi (Masjid Negara) bagi pengajian pagi (qisim sobahi). Jikalau diperhatikan bangunan Institut ini dengan sekali imbas, tentu kita menyangka bahawa institut ini merupakan sebahagian dari kedai-kedai di Suq Hamidiyah ataupun sebuah masjid lama disebabkan struktur pembinaannya yang masih dikekalkan dari struktur asal binaannya sebelum ini. Inilah yang menjadikan Ma’ahad ini agak unik daripada institut-institut yang lain di kota Damsyik. Lokasi pengajian di Qalbakjiah ialah lokasi bersejarah yang tercatat dalam sejarah Islam, ia adalah lokasi penginapan dan tempat belajar tenetra Solahuddin al-Ayyubi. Asal perkataan Qalbakjiah membawa maksud perisai kepala tentera. Manakala pengajian petang (qisim Masai) pula terletak di Jami'e Saidatina Aisyah, Qadam.
3- Pendaftaran
Pendaftaran Institut dibuka sekitar awal bulan lapan sehingga akhirnya. Untuk urusan pendaftaran hanya diperlukan terjemahan passport pemohon sahaja bagi sesi pengajian pagi dan sijil menengah seperti SPM atau setaraf dengannya bagi sesi pengajian petang. Pendaftaran dibuka setiap hari Isnin dan Khamis pada jam 9.00pg. hingga 12.00tgh. Kemudiannya pemohon akan diberitahu tarikh ujian kemasukan yang bakal ditetapkan oleh Pengetua Am Institut.
4- Ujian Kemasukan (Muqabalah).
Muqabalah biasanya akan diadakan sekitar awal bulan sembilan selama lebih kurang seminggu. Muqabalah akan diadakan secara 2 peringkat;
Peringkat Pertama : Ujian pengetahuan (penulisan)
Peringkat Kedua : Muqabalah hafalan Hadis
: Muqabalah bacaan Kitab Arab
: Muqabalah hafalan Al-Quran
5- Sistem Pengajian dan Sukatan Pelajaran
5.1. Sistem pengajian di Instiut ini terbahagi kepada dua iaitu:
5.1.1 Pengajian Pagi
5.1.2 Pengajian Petang
Pengajian Pagi
Pengajian pada waktu pagi adalah seperti Institut pengajian yang lain mempunyai subjek akademik seperti Bahasa Inggeris, Matematik dll. Pengajian ini tidak menerima pelajar selain arab sahaja.
Pengajian petang
Pengajian pada waktu petang adalah terbuka untuk pelajar selain Arab dan tidak mempunyai subjek akademik. Ianya lebih berbentuk sistem universiti.



