MUJAMMA' SHEIKH BADRUDDIN AL-HASANI (MAAHAD AMINIAH)
MUJAMMA' SHEIKH BADRUDDIN AL-HASANI (MAAHAD AMINIAH)
(*maklumat terkini yang diperoleh pihak Universiti tidak menerima permohonan pelajar luar negara)
PENGENALAN
1- Maahad Aminiah telah diasaskan oleh seorang ulama pakar hadis Damsyik iaitu Sheikh Dr. Badruddin Al-Hasani.
2- Beliau telah meninggal dan tempatnya kini telah digantikan oleh Sheikh Abdul Razzaq As-Sharfa yang juga merupakan pengetua Maahad Aminiah pada hari ini.
BIDANG PENGKHUSUSAN
Pengajian Islam bermazhab Syafie pada peringkat menengah.
PENGAMBILAN PENGAJIAN
1- Pengambilan sesi baru kebiasaan dibuat melalui pendaftaran & temuduga (muqabalah) yang diadakan pada bulan Ogos setiap tahun.
2- Sesi baru pengajian akan bermula pada 2 September
SYARAT-SYARAT KEMASUKAN
(sebagaimana terjemahan asal)
1- Bahawasanya penuntut telah berjaya menamatkan pengajian peringkat rendah atau apa yang sesuai dengannya.
2- Bahawasanya penuntut berumur tidak kurang 13 tahun dan tidak melebihi 20 tahun.
3- Bahawasanya penuntut mempunyai tingkah laku dan akhlak yang baik.
4- Bahawasanya penuntut bebas daripada sebarang penyakit dan penyakit-penyakit yang berjangkit.
5- Bahawasanya penuntut mendalami bahasa Arab dan penulisan dengan baik.
6- Bahawasanya penuntut bersedia memelihara tatatertib peraturan yang ditetapkan oleh pihak maahad.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK PENDAFTARAN
(sebagaimana terjemahan asal)
1- Borang kemasukan ke maahad (akan diberikan oleh pihak maahad).
2- Salinan sijil yang dibawa penuntut.
3- Salinan kad pengenalan atau sijil kelahiran atau passport perjalanan.
4- Terjemahan & pengesahan terhadap passport bagi selain Arab.
5- 6 keping gambar peribadi berukuran passport.
6- keputusan ujian kesihatan dengan bebas daripada sebarang penyakit berjangkit.
7- Perjanjian bertulis terhadap tatatertib peraturan maahad (akan diberikan oleh pihak maahad).
YURAN PENGAJIAN
Pengajian percuma tanpa sebarang yuran.
SISTEM PENGAJIAN
1- Pengajian di maahad ini ialah pada peringkat menengah selama 6 tahun.
2- Waktu pengajian bermula dari pukul 7.30 pagi sehingga pukul 12.30 tengahari.
3- Penuntut yang tidak hadir sehingga 15 hari atau penuntut yang tidak lulus 3 mata pelajaran di dalam peperiksaan akan disingkirkan oleh pihak maahad.
4- Terdapat mata pelajaran akademik & agama bagi setiap tahun pengajian (sekitar 21 mata pelajaran bagi setiap tahun).
5- Maahad ini juga menyediakan pengajian kursus bahasa Arab kepada sesiapa sahaja yang berminat pada setiap percutian musim panas dan ianya dipanggil Daurah Soifiah (kursus musim panas).
6- Sebanyak 8 mata pelajaran akan diikuti bagi pengajian kursus bahasa Arab pada musim panas.
BANTUAN PENGAJIAN
1- Buku-buku pengajian akan dibekalkan secara percuma kepada setiap penuntut.
2- Barangan bantuan lain juga akan diberikan kepada setiap penuntut dari semasa ke semasa.
PENGINAPAN
1- Penginapan asrama disediakan secara percuma kepada mana-mana penuntut yang berminat untuk tinggal di asrama.
2- Penuntut yang telah lulus temuduga akan diberikan surat khusus untuk penginapan di asrama semasa hari pendaftaran.
3- Penuntut boleh memilih sama ada untuk tinggal di asrama ataupun tidak.



