MAAHAD JAMIYYAH FURQAN
MAAHAD JAMIYYAH FURQAN
(*maklumat terkini yang diperoleh pihak Maahad telah menutup permohonan dari pelajar luar negara)
PENGENALAN
Maahad Furqan adalah sebuah sekolah yang bernaung di bawah Wizarah Auqaf. Ianya terletak di Mazih dan Muhajirin. Sistem pengajian di Institut ini hanya di sebelah pagi dan untuk pelajar lelaki sahaja. Maahad tersebut mempunyai enam kelas dan satu kelas peralihan. Belajar adalah percuma dan diberi sedikit bantuan kewangan bagi yang tinggal di asrama. Waktu pengajian bermula pada pukul 7.00 pagi sehingga 1.30 tgh selama lima hari seminggu bermula dari hari Ahad sehingga hari Khamis. Cuti pada hari Jumaat dan Sabtu.
SYARAT-SYARAT KEMASUKAN PELAJAR
1- Umur tidak melebihi 16 tahun dan tidak kurang 12 tahun.
2- Bersama sijil Ibtidae dan e'dadie.
3- Sijil akhlak.
4- Pasport.
5- Duit cagaran sebanyak 200 USD.
6- Surat keluar sekolah terakhir.
7- Markah peperiksaan.
PENGAMBILAN PELAJAR
Pengambilan pelajar baru dibuka sekitar awal bulan 9 setiap tahun.
Setiap pelajar akan ditemuduga untuk menentukan samada pelajar tersebut diterima belajar atau tidak.
Sesi baru bermula sekitar akhir bulan 9.



