Khamis 09 September 2010
Saiz Teks
   

MUJAMMA’ SYEIKH AHMAD KIFTARO

AddThis Social Bookmark Button

MUJAMMA’ SYEIKH AHMAD KIFTARO
 
 

1- PENGENALAN
 

Mujammak Syeikh Ahmad Kiftaro adalah sebuah pusat pengajian yang diasaskan oleh allahyarham Bekas Mufti Besar Syria, Syeikh Ahmad Kiftaro bin Syeikh Ahmad Amin. Mujammak ini juga merupakan sebuah institusi pengajian tinggi swasta dan mendapat separuh bantuan serta sokongan dari Republik Arab Syria. Bangunan Institut  ini terletak di jalan Sheikh Mahyuddin Al-Arabi, Damascus. Mujammak ini merupakan gabungan atau cawangan dari beberapa Institut Pengajian Tinggi Islam di Negara-negara Arab seperti:

 

- Kuliah Dakwah Islamiah cwgn. Libya.

               1. Sarjana             

- Kuliah Syariah wal-Qanun.

               1. Sarjana

-Universiti Imam Al-Auzai’e, Lubnan.

               1. Sarjana

               2. Master dan PHD

-Universiti Ummu Darman, Sudan. (tidak disediakan untuk pelajar asing)

               1. Sarjana

               2. Master dan PHD .

- Mujamma' Syeikh Ahmad Kiftaro

                                1. Matrikulasi (Tahili)

 
2- STRUKTUR BANGUNAN
 

Bangunan setinggi 6 tingkat termasuk binaan bawah tanah yang dilengkapi dengan perpustakaan, stor, perkhidmatan lif dan sebagainya. Di sini juga terletaknya maqam Allahyarham Syeikh Ahmad Kiftaro dan ayahandanya Syeikh Ahmad Amin. Tingkat yang lain di dalam bangunan ini dilengkapi dengan pejabat setiap kuliah dan bilik pengajian bagi pihak siswa dan siswi, 3 tingkat ruang masjid bagi jemaah wanita, satu ruangan luas masjid bagi jemaah lelaki, sebuah kantin, sebuah dewan umum dan klinik. Manakala ruang-ruang masjid berfungsi sebagai pusat pengajian umum samada pengajian talaqqi, al-quran, pengajian kanak-kanak dan sebagainya .

 

3- KEMUDAHAN ASAS YANG DISEDIAKAN
 

(1)          ASRAMA : 2 buah bangunan asrama bagi siswi  (luar bangunan Institut) .

                                  Sebuah bangunan asrama bagi siswa di Masakin, Damascus.            

(2)                 Perkhidmatan rawatan.

(3)                 Pengangkutan umum bagi urusan-urusan tertentu.

(4)                 Pengurusan visa bermukim (iqamah) setahun sekali.

(5)                 Bantuan makanan asasi sebulan sekali  bagi pelajar yang tinggal di luar asrama.

(6)                 Lain-lain lagi .