PERUTUSAN PRESIDEN SEMPENA AIDILFITRI 1430 H
???? ????, ???? ????? ???? ????, ???? ????? ???? ????, ???? ????? ???? ???? ? ????? ???? ?????? ?????? ???? ?????? ??????? ???? ????? ????????.
Hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian,
Segala puji dan kesyukuran kita panjatkan kepada Allah SWT di atas nikmat kesihatan, kelapangan dan peluang untuk terus menjalani siri-siri kehidupan di atas muka bumi ini. Hari ini merupakan hari kemenangan bagi umat Islam, setelah melaksanakan ibadat puasa sebulan pada bulan Ramadhan. Hari ini juga merupakan hari untuk kita memuji kebesaran dan kehebatan Allah SWT dengan sama-sama kita memperbanyakkan menyebut kalimah takbir ???? ???? supaya kita merasakan kebesaran Allah SWT pada hari yang penuh bahagia ini. Bersesuaian dengan firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah, ayat 185 :
(( ??????????????? ????? ??? ?? ????? ?????? ?????? ))
Maksudnya :
" Dan hendaklah kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjuk dari-Nya, dan supaya kamu bersyukur”
Hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian,
Jepun sebagai kuasa yang tinggi sains dan teknologinya dikatakan tidak mampu membuat piramid sebagaimana piramid yang dibuat oleh orang-orang zaman Firaun. Hari ini begitu tinggi pencapaian saintis tetapi tidak mampu membuat ramuan mamee sebagaimana ramuan campuran tertentu yang boleh mengawetkan mayat beribu-ribu tahun. Ini bermakna bukanlah dahulu tidak tinggi teknologinya, tetapi umat yang sehebat itu pun boleh hancur, dihancurkan oleh Allah SWT yang bersifat Maha Besar lagi Maha Perkasa.
Sebuah syarikat elektronik di Jepun ketika memasarkan barangan elektronik mereka akan memastikan ‘manual’ atau pun ‘buku panduan’ disertakan sekali sebagai panduan kepada pengguna. Dan bila diikuti secara betul oleh pengguna, maka barang elektronik tersebut akan berfungsi dengan baik dan tahan lama. Persoalannya, mengapakah pengguna tersebut begitu mempercayai dengan buku panduan yang disediakan oleh pihak syarikat tersebut? Ini kerana pengguna itu tahu bahawa orang yang paling mengetahui kemampuan, kapasiti dan selok belok barangan elektronik tersebut ialah pembuatnya, iaitu pihak syarikat. Tetapi sekiranya pengguna tersebut ‘buat-buat pandai’, lain yang disuruh, lain yang dibuatnya, maka InsyaAllah ber’asap’ lah barangan tersebut.
Saya sekadar membuat satu analogi mudah kepada kita semua untuk menunjukkan bahawa Allah itu Maha Besar, Maha Hebat lagi Maha Bijaksana, Allah lah yang mencipta kita dan Allah telah menurunkan satu buku panduan iaitu Al-Quran supaya manusia itu selamat bukan setakat di dunia, tetapi juga di akhirat. Mungkinkah panduan-panduan-Nya itu tidak sesuai dengan insan??? Kalau itu dakwaan kita, maka secara tidak langsung kita mendakwa bahawa Jepun lebih bijaksana, lebih hebat dari Allah SWT. Itu sebab kita sebagai umat Nabi Muhammad SAW, apabila berhadapan dengan ayat-ayat dan arahan-arahan Allah SWT berkaitan hukum-hakamnya, kita disuruh bersikap ????? ??????, kami dengar Ya Allah selanjutnya kami patuhi!!! Jangan dibangkang, kalau bangkang akan jadi lain dan sangat berbahaya. Dengan pengertian tidak selamat di dunia, tidak selamat di akhirat. Bersempena saat dan detik yang penuh dengan keberkatan dan kerahmatan ini, marilah kita mengambil peluang dan kesempatan untuk kita mempertingkatkan ketaqwaan kepada Allah dengan kita mematuhi segala apa yang Allah suruh dan meninggalkan segala apa yang Allah larang.
Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian,
Akhir-akhir ini kita amat berasa sedih kerana Islam dan umatnya saban hari dihantui dengan pelbagai masalah, cemuhan dan tohmahan. Berbagai tragedi yang berlaku di dunia ini dan tindakan liar sesetengah pihak telah membuatkan seluruh dunia menuding jari ke arah Islam dan mempersalahkan umatnya. Umat Islam berhadapan dengan cabaran aliran pemikiran, cabaran kepimpinan, cabaran kemiskinan, cabaran politik, ekonomi, sosial, teknologi maklumat dan sebagainya. Sekiranya umat Islam tersilap langkah membuat perhitungan pemilihan, maka umat Islam akan menyaksikan sendiri umatnya terpinggir dan tersorot kebelakang. Bermacam-macam dakyah dan propaganda jahat yang dirancang oleh musuh-musuh Islam yang radikal untuk mengoyakkan aqidah dan kesatuan Islam yang semakin membangun perlahan-lahan melalui semua jenis saluran “taktik kotor” dan sebagainya setelah peperangan untuk menundukkan Islam tidak berjaya.
Falsafah ????? ???? (khalifah Allah) yang tertanam dalam diri umat Islam telah menjadi penggerak kepada kelahiran eradaban manusia yang memberi manfaat bukan sahaja kepada umat Islam malah kepada bangsa lain. Faktor inilah yang menyebabkan musuh Islam semakin membenci dan menunggu peluang untuk melemahkan umat Islam. Dalam hal ini umat Islam tidak lagi boleh leka dengan status dan kedudukan sekarang, lebih-lebih lagi cabaran globalisasi semasa di alaf baru ini. Maka persoalan yang boleh dikaitkan dengan bala musibah yang menghimpit arus putaran masa kebangkitan Islam ialah mengapa Islam diberi tamparan yang sebegini hebat? Natijahnya wahai kaum muslimin dan muslimat sekalian ialah berpunca dari kelemahan umat Islam itu sendiri.
Kegagalan kita umat Islam untuk bersatu padu membina kekuatan syakhsiah, akhlak serta sikap untuk berubah kepada sesuatu yang lebih baik sedikit sebanyak menyumbang kepada terhakisnya sinar Islam sedikit demi sedikit, yang mana sesunguhnya yang demikian itu adalah paksi sasaran utama orang-orang kafir dan musuh-musuh Islam yang tidak pernah putus asa untuk melenyapkan cahaya Islam dari muka bumi.
Wahai generasi tonggak kebangkitan Islam,
Kini Ramadhan telah pun berlalu pergi, maka pemergian Ramadhan kali ini adakah benar-benar meninggalkan natijah yang terbaik, hasil tuaian didikan tarbiah yang diperolehi selama 29 hari kunjungan Universiti Ramadhan? Selesaikah persoalan : “????? ?????” ?!! (mudah-mudahan kamu bertaqwa?!!) Berkata Saidina Umar Abdul Aziz rahimahullahuta’ala :
“..bukanlah ketaqwaan itu pada puasanya kamu di siang hari, atau pada bangunnya kamu setiap malam, berapa ramai orang yang puasa tetapi sekadar menahan lapar dan dahaga, berapa ramai orang yang bangun malam tetapi sekadar mendapat letih dan lesu semata-mata??? Tetapi ketaqwaan itu ialah bila kamu meninggalkan segala apa yang Allah haramkan, menunaikan segala apa yang Allah suruh.”
Dalam maksud yang lain ialah kita dapat menjadi seorang insan proaktif yang merdeka daripada dijajah oleh perkara-perkara atau faktor-faktor yang kita tidak mampu untuk kawal. Bila berhadapan dengan perkara yang tidak baik, kita mampu berhenti seketika untuk kita fikir dan membuat keputusan terhadap diri kita sesuai dengan syariat Islam, menepati kehendak Allah SWT. Jadi inilah natijah sebenar kepada Universiti Ramadhan yang telah kita tempuhi saban tahun, yang terkandung di dalamnya ??????? ataupun rahsia-rahsia yang unik dan tersembunyi, yang hanya diketahui oleh Allah SWT.
Pernah berlaku di zaman Rasulullah SAW, ketika bersama-sama para sahabat RA di dalam masjid Baginda di Madinah al-Munawwarah, Rasulullah SAW membaca ayat 183, surah al-Baqarah. Baginda SAW mengulangi hujung ayat ini sebanyak 3 kali : “????? ?????”. Kemudian Baginda bangun lalu masuk ke dalam rumahnya. Beberapa orang sahabat RA mula bertanya sesama sendiri, apakah yang dimaksudkan dengan taqwa oleh Rasulullah SAW? Sedangkan mereka adalah orang Arab yang memahami maksud kalimah taqwa itu, tetapi apa yang merisau dan membimbangkan mereka ialalah sekiranya mereka tidak tergolong di kalangan orang yang bertaqwa mengikut tafsiran dan piawaian standard Nabi SAW. Ada yang bertanya kepada Saidina Abu Bakar al-Siddiq, dan ada yang bertanya kepada Saidina Umar al-Khattab. Mereka berdua sangat beradab dengan mengambil sikap tidak mahu mendahului Nabi SAW. Tiba-tiba bangun Saidina Ali karramallahu wajhah memberikan tafsiran taqwa kerana Nabi SAW pernah memberitahu Saidina Ali berkenaan maksud taqwa. Beliau menjelaskan : ta’ni bitttaqwa al-khaufu minal jalil,wal-amalu bimuqtadottanzil, wal qana’atu bilqalil, wal-isti’dadulyaumirrahil”. Taqwa yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW itu mesti ada 4 ciri iaitu yang pertama : al-khaufu minal jalil : manusia mesti takut kepada Allah Rabbul Jalil lebih daripada benda lain. Yang kedua, wal-amalu bimuqtadottanzil : manusia yang beriman, yang bertaqwa ialah mereka yang mampu beramal dengan apa yang diturunkan oleh Allah SWT. Yang ketiga, wal qana’atu bilqalil : manusia yang bersyukur, yang berpuas hati dengan nikmat yang sedikit yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada mereka, dan yang keempat ialah wal-isti’dadulyaumarrahil : golongan manusia yang bersiap-sedia untuk bertemu dengan Allah SWT pada bila-bila masa. Saidina Ali kata ada 4 ciri dan ciri taqwa ini akan dihadiahkan oleh Allah SWT kepada orang-orang yang menunaikan ibadah puasa dengan baik. Sebab itu dalam satu hadis lain Nabi SAW bagitau :
?? ??? ????? ?????? ???????? ????? ?? ???? ?? ????
Bukan sahaja jaminan pengampunan ini sahaja yang dijanjikan di dalam Ramadhan bahkan berlanjutan pula hingga menjelang Syawwal :
?? ??? ????? ?????? ??? ?? ???? ??? ???? ?????
Insentif-insentif yang seumpama ini jika diadunkan dengan kesedaran maksimum keimanan sejati akan membuahkan disiplin syakhsiah yang kuat, jiwa yang suci, akhlak yang mulia dan peribadi yang membantu mempertingkatkan kekuatan Islam dan melemahkan ancaman kerosakan.
Muslimin dan muslimat yang dirahmati sekalian,
Menyedari dan menginsafi bahawa kesucian dan kesesuaian Islam sahaja yang mampu menyelesaikan permasalahan ummah, sewajarnya kita memperkukuhkan kesungguhan, kesepaduan, kerjasama antara muslimin dan muslimat bagi menggerakkan semula utaran sejarah kebangkitan Islam dan umatnya satu ketika dahulu, serta merealisasikan satu “masyarakat Islam” yang menggunapakai satu sistem yang sempurna dan lengkap sekaligus memadamkan tradisi karat jahiliah. Firman Allah Ta’ala :
????? ???????? ????? ??? ???? ?? ???? ???? ???? ??????
Maksudnya :
“Sesudah itu patutkah mereka berkehendak lagi kepada hokum-hakam jahiliah? Padahal pada orang-orang yang penuh keyakinan tidak ada sesiapa pun yang boleh membuat hukum yang lebih baik dari Allah”
Wahai generasi acuan Syam,
Bangkitlah, sedarlah kita dari kemalapan dan ketandusan nilai-nilai insaniah, nilai-nilai akhlak yang mulia. Marilah kita kembali kepada hakikat kita ini adalah seorang hamba yang mana tugas seorang hamba adalah mengabdikan diri semata-mata kepada Allah SWT. Allah sebagai Tuhan yang kita taat dan kita sembah pada bulan Ramadhan juga adalah Allah dan Tuhan yang sama pada bulan-bulan yang lain, yang wajib kita patuh dan taat setiap masa dan keadaan. Manakala kita pula insan yang berstatus hamba pada bulan Ramadhan adalah juga hamba pada bulan-bulan yang lain, dulu, kini, selamanya kita kekal sebagai hamba. Sebagaimana firman Allah SWT:
??? ???? ???? ?????? ??? ???????
Maksudnya :
“Tidak Aku jadikan jin dan manusia itu melainkan untuk menghambakan diri kepada Aku semata-mata”
Saya mengajak hadirin dan hadirat sekalian, marilah kita memusatkan kekuatan pada jati diri sendiri, dengan mempertingkat serta membudayakan ilmu, menguatkan ukhuwwah sesama kita, meruntuhkan jahiliah diri dari sikap mazmumah dan kemudian menghiasnya dengan akhlak mahmudah, serta memandang dan bergerak lah menuju kehadapan demi kepentingan agama suci bukannya kepentingan diri sendiri.
Akhir kalam, sempena hari lebaran dan kemenangan ini, sekali lagi saya mengajak agar bersama-samalah kita saling maaf-memaafi, saling ziarah-menziarahi antara satu sama lain agar kita juga di kalangan orang-orang yang diampun dan dirahmati oleh Allah SWT. Saya selaku Presiden mewakili saf kepimpinan Persatuan Pelajar Malaysia Syria (PPMS) sesi 1430H mengucapkan “Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin” kepada semua rakyat Malaysia di Syria. Salam Lebaran, Salam Kemenangan…
“?? ??? ???? ???? ??? ”
Sinar Ramadhan Pudar Menyendiri,
Cahaya Aidilfitri Kini Dirasai
Semangat Ukhuwwah Sentiasa Bersemi,
Selamat Hari Raya Aidilfitri.
-HAIRUL FAIZAL BIN ISA-



