Imtihan peluang mengaut kefaqihan ~ Presiden PPMS
Maksudnya : “..supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendalam Pengetahuan-Nya tentang apa yang kamu lakukan”.
(Al-Mujadalah : 11)
Salam Imtihan buat semua,
Untuk kesekian kalinya bumi berkat Syria di’hantui’ satu suasana yang menjadi ketakutan atau seolah-olah ‘mimpi ngeri’ kepada kebanyakan tholabah al- ‘ilm iaitu fatrah yang dikenali dengan fatrah imtihan. Alhamdulillah.. kekadang kita berfikir, sebenarnya kita sangat beruntung berada di bumi berkat ini kerana wujudnya para ulama’ yang ikhlas di sekeliling kita dan yang paling penting ialah ???? (suasana) menuntut ilmu yang sukar kita dapati di tempat-tempat lain.
Selalu menyinggah di telinga-telinga kita bahawa pada bumi Syamlah terdapatnya ???? ??????? (kebangkitan@kekuatan ilmu). Betul! Saya bersetuju.. tapi persoalannya : apakah benchmark (kayu ukur) kepada kenyataan tersebut? Adakah kerana banyaknya maahad tahfiz dan maahad syar’ie di Syam ini? Atau adakah kerana banyaknya mujamma’ dan jamik yang cantik ukirannya, tersergam indah jadi tatapan? Adakah mungkin kerana banyaknya pengajian talaqqi (umumi dan khususi)? Juga mungkin kerana ramainya para masyayeikh dan ulama’? Atau boleh jadi kerana habisnya kita membaca kitab-demi-kitab, kulit-ke-kulit? Ataupun ramainya huffaz al-Quran, huffaz al-hadis bersanad sehingga berkata megah sang lelaki : “inilah tanda-tanda kelelakian, hafal al-Quran, hafal Bukhari, hafal Muslim, hafal itu, hafal ini, hafal…” - terasa kerdil sang serikandi- L ..sebenarnya di Syam ni, ada je serikandi-serikandi yang hafal al-Quran (dengan bacaan qira’at 10 bersanad) dan Sunan al-Sittah bersanad ‘ala zohri al-qalb. - lega sang serikandi dibela - J
Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah S.W.T., Bukan persoalan pada banyaknya kita menghafal itu dan ini - tanpa saya menafikan kepentingannya -, bukan juga banyaknya maahad syar’ie dan jamik, banyaknya talaqqi, ramainya ulama’ dan sebagainya sehingga barulah dipanggil ???? ??????? , tetapi persoalannya adakah setelah kita selesai menghafal al-Quran, kita berakhlak dengan akhlak al-Quran, atau berakhlakkah kita dengan sifat-sifat yang telah Nabi S.A.W. ajarkan dalam hadis-hadisnya yang kita hafal, juga ambilkah kita akhlak-akhlak para ulama’ yang kita bertalaqqi dengannya? Ilmu yang kita pelajari berjaya meng’acuan’kan kita dengan akhlak agama? Kenapa saya timbulkan persoalan ini? Mari kita fikirkan bersama dalam perbahasan ringkas saya di bawah : Berdasarkan firman Allah S.W.T. di atas (al-Mujadalah :11) menunjukkan kelebihan orang yang berilmu sehingga diangkat darjat melebihi sekalian yang jahil. Namun penguasaan ilmu bukanlah untuk kepentingan-kepentingan tertentu contohnya kerana kuasa atau kemasyhuran bergelar pelajar oversea, digelar hafiz al-Quran, disebut itu dan dipanggil ini, yang bukan kerana Allah S.W.T. Sebaliknya amanah utama orang-orang yang berilmu ini ialah beramal dengan ilmunya. Firman Allah S.W.T. : Maksudnya : “Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?” (al-Baqarah : 44) Sabda Nabi S.A.W. : ??? ????? ????? ??? ??????? ???? ?? ???? ???? ????? Wasiat Nabi Khadir kepada Nabi Musa A.S. : ?? ???? ????? ????? ?? ????? ?????? ????? ??.. Maksudnya : “jangan kamu menuntut ilmu untuk disebut-sebut di kalangan manusia, tetapi tuntutlah ilmu untuk beramal dengannya..” Bagaimana orang berilmu ingin beramal dengan ilmunya? Firman Allah S.W.T. : Maksudnya : “…mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam ilmu pengetahuan tentang agama dan kemudian memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka berhati-hati.” (al-Taubah : 122) Allah S.W.T. juga berfirman dalam surah al-Muddassir, ayat 1-3 : Maksudnya : “Hai orang yang berselimut! Bangunlah, lalu berilah peringatan! Dan Tuhanmu agungkanlah”. Apakah maksud berdakwah? Syeikh Muhammad al-Khadir Husain mentakrifkan kalimah “dakwah” di dalam kitabnya “?????? ??? ???????” : Firman Allah S.W.T. : Maksudnya : “kamu (Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). dan kalaulah ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasik”. (Ali Imran : 110) Sabda Nabi S.A.W. : ?? ??? ???? ????? ??????? ????, ??? ?? ????? ???????, ??? ?? ????? ??????, ???? ???? ??????? Maksudnya : “Sesiapa yang melihat kemunkaran, hendaklah dia mencegah dengan tangannya, sekiranya dia tidak mampu, hendaklah dia mencegah dengan lisannya, sekiranya dia tidak mampu, hendaklah dia mencegahnya di dalam hati, itulah selemah-lemah iman”. (Muslim [no 49], Abu Daud [114], al-Tirmizi [no2173], Ahmad [268/4]) Kesimpulannya, amanah kita sebagai orang yang berilmu ialah menjadi para da’ie yang ikhlas (lebih-lebih lagi dalam konteks kita di Malaysia) di dalam menjernihkan kembali kekeliruan masyarakat Malaysia - khususnya generasi muda yang dangkal ilmu agama - yang diasak dari segenap penjuru dengan pelbagai bentuk pemikiran, gagasan dan cara fikir moden yang mencabar kehormatan dan kemurnian akidah Islam. Sesungguhnya ilmulah antara senjata utama kepada para dai’e dalam menghadapi masyarakat sedemikian, tambahan pula kedudukan orang yang berilmu ini sangat dipandang mulia oleh masyarakat. Namun, adakah dengan kita berilmu semata-mata sudah cukup untuk kita ‘terjun’ bersama masyarakat? Tidak cukup sahabat-sahabat sekalian..! Tidak dinafikan, ‘modal’ kepada para da’ie adalah masyarakat (disebut sebagai mad’u). Justeru, persoalan bagaimana pula kita ingin ‘terjun’ berdakwah kepada masyarakat? Ini kerana bukan satu perkara yang mudah untuk kita ‘menguasai’ masyarakat. Antara persiapan utama selain ilmu ialah khusnu al-khuluq (akhlak yang baik). Berapa ramai orang hari ini banyak ilmunya tetapi akhlaknya tidak setaraf ilmunya? Berapa ramai yang hafal al-Quran dan Sunan al-Sittah tetapi tidak berakhlak dengan akhlak al-Quran? Berapa ramai yang menjadi tholib al-‘ilm tetapi akhlaknya tidak sebagaimana yang dituntut agama? Berapa ramai dan berapa ramai…? Sabda Nabi S.A.W. : ?? ????? ??? ??????? ??? ????? ??? ??????? ??????? ??????.. Maksudnya : “Sesunguhnya orang yang paling aku kasih dan dekat denganku pada hari kiamat ialah yang baik akhlaknya..” (Abu Daud [no 4799], al-Tirmizi [no 2003]) Daripada hadis ini, kita dapat faham bahawa khusnu al-khuluq adalah perkara yang sangat ditekankan oleh agama. Nabi S.A.W tidak mengatakan orang yang paling Baginda kasihi adalah “..mereka yang banyak ilmunya” atau “..mereka yang banyak harta atau tinggi jawatannya..”. Ini kerana, belum tentu mereka yang banyak ilmunya, bertimbun harta dan tinggi jawatannya berakhlak dengan akhlak agama. Fakta ini kita dapat lihat dengan jelas dalam realiti kehidupan kita hari ini! Dalam hadis yang lain, bila ditanya pada Nabi S.A.W. tentang siapakah yang paling ramai masuk ke dalam syurga, Nabi S.A.W. menjawab : ???? ???? ???? ?????“..mereka yang bertaqwa kepada Allah dan berakhlak baik”. (al-Turmuzi [no 2072], ibnu Majah [no 4246]) Sahabat-sahabat sekalian, Justeru, dalam berdepan dengan fatrah imtihan ini adalah kesempatan yang paling baik untuk kita muhasabah dan menguji kefahaman kita, adakah kita belajar untuk menjadi faqih atau hanya sekadar ingin mencapai tahap lulus sahaja tanpa merasakan ilmu yang dikaut ini adalah kewajipan untuk di’bolot’, diperjuang dan disebarkan agar kejahilan agama di kalangan masyarakat dapat dikurangkan, juga guna memperbaiki diri supaya menjadi orang berilmu yang beramal ( ?????? ?????? ) dan berakhlak mulia. Ilmu yang dituntut ini bukan untuk meraih segulung ijazah dan sijil - tanpa menafikan kepentingannya -, tetapi ia adalah tanggungjawab yang maha berat – untuk dilaksanakan dan disumbangkan - yang bakal dipersoal oleh Allah S.W.T. kelak. Di luar sana pelbagai ujian dan rintangan bakal dihadapi, ilmulah yang menjadi perisai, andai kita bijak menggunakannya maka terselamatlah kita, andai mengetepikannya maka terjerusmuslah kita dalam golongan yang sesat lagi menyesatkan. Manis dalam mengaut ilmu ini bukan diukur pada rajin dan banyaknya kita pergi ke tempat pengajian, tetapi manis itu adalah diukur pada keikhlasan dalam memberi tanpa mengharapkan apa upahan dan pujian. Teringat dan sudah pasti bersetuju akan slogan daripada Ustaz Hasrizal Jamil : “Berdakwah bukan untuk memberi TAHU, tetapi berusaha mencetus MAHU, agar bergerak menuju MAMPU. Pencerahan bukanlah pada mengumpul pengetahuan, tetapi keupayaan untuk membuka jalan." Sahabat dan sahabat yang dikasihi sekalian, Dalam kebingungan, ke’tension’an, dan debaran imtihan ini, kebergantungan kepada Allah S.W.T juga menjadi markah bonus kepada kita, walaupun tidak sepatutnya kita merasakan hanya fatrah imtihan baru mahu mengalir air mata harapan dan mengenal yang Maha Memberi, tetapi jadikanlah peluang imtihan ini sebagai starting point (titik mula) untuk belajar meraih cinta Allah dan tanamkan azam bahawa, kebergantungan yang tak putus pada Allah ini akan terlangsung sehingga ke akhir hayat. Akhir kata sebelum pena ini ditarik larikkannya, marilah sama-sama kita memahami dan menyedari bahawa ilmu yang dikutip dan ditekuni ini tidak terhenti setakat imtihan di Syam sahaja, tetapi imtihan yang sebenar - berbentuk amanah untuk didakwah dan diperjuangkan – adalah setiap masa, walau di mana sahaja kita berada sehingga kita menemui Allah S.W.T.. Teringat pesanan Ustaz Nasaruddin Hassan al-Tantawi : “di mana bumi dipijak, di situ Islam dijunjung” dan “perjuangan tidak akan berakhir pada hari ini sebagaimana ia tidaklah bermula pada hari ini..”. Ingatlah, ujian orang yang belajar agama ini sangat hebat, semoga kepulangan kita ke tanah air kelak bukan berada pada golongan yang di’gelap’kan dengan material sehingga mengabaikan kefahaman Islam tulen hanya kerana hambatan suasana. Jadilah golongan yang berilmu yang sentiasa takutkan azab Allah dan hanya mendambakankan keredhaan-Nya sahaja walau apa jua yang menyapa. Bersempena imtihan tahun 2009 ini, saya mendoakan agar sahabat-sahabat semua mendapat taufik dan kejayaan daripada Allah S.W.T. , Insya-Allah. "If you have a clear vision, you will have no time to take breakfast.." - Bill Gates - Salam Juang Salam Imtihan, Hairul Faizal Bin Isa



