Kalam Presiden 2008
PERUTUSAN PRESIDEN PERSATUAN PELAJAR MALAYSIA SYRIA ( PPMS ) 2008
??? ???? ?????? ??????
????? ??? ?? ???????? , ????? ?????? ???? ??????? ??? ??? ?? ???? ???? ??? ????? ?????? , ???? ???? ???? ????? ????? ?????? ??? ??? ????? ..
Allah SWT berfirman :
Maksudnya: "Allah meninggikan darjat orang-orang Yang beriman di antara kamu, dan orang-orang Yang diberi ilmu pengetahuan ugama (dari kalangan kamu) - beberapa darjat". (Al-Mujadalah: 11)
Berdasarkan ayat di atas, menunjukkan satu khabar gembira kepada kita selaku penuntut ilmu yang bergelar mahasiswa, bertungkus lumus melawan segala cabaran demi untuk mendapatkan secebis ilmu pengetahuan agama yang sangat berharga dan tinggi nilainya. Kita bukan sahaja dijanjikan peningkatan terhadap pangkat dan darjat bahkan dipermudahkan laluannya untuk ke Syurga Allah yang kekal abadi melalui sabda UtusanNya :
???? ?????? ???????? ?????????? ????? ??????? ??????? ??????? ???? ???? ???????? ????? ??????????
Barangsiapa menempuh sesuatu jalan untuk menuntut ilmu pengetahuan. Maka Allah Taala akan mempermudahkan baginya jalan ke Syurga. (Riwayat Muslim)
Namun begitu,Kegembiraan ini haruslah berwaspada dengan memerhati beberapa aspek penting yang sering terlepas pandang terutama dalam membetulkan niat untuk mencari ilmu.
Rasulullah SAW pernah bersabda:
???? ????????? ??????? ?????? ????????? ???? ?????? ??????? ????? ??????? ??? ????????????? ?????? ????????? ???? ??????? ???? ?????????? ???? ?????? ?????? ?????????? ?????? ????????????
Sesiapa yang belajar ilmu pengetahuan dari jenis ilmu yg sepatutnyahanya dipelajari untuk mencapai keredhaan Allah (yaitu ilmu agama), sedangkan ia tidak mempelajari ilmu tersebut kecuali hanya untuk mencapai tujuan keduniaan, maka orang yang sedemikian tidak akan mencium bau wangi Syurga. ( Riwayat Abu Daud )
Ini bermakna, hanya keredhoan Allah semata-mata yang harus dicapai oleh penuntut ilmu. Justeru itu, haruslah disedari bahawa di hadapan kita terbentang tanggungjawab yang sangat besar bagi memikul amanah untuk menegakkan kalimah Allah melalui kalam peringatan yang berterusan kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira keturunan,pangkat dan Agama.
Allah SWT berfirman :
Maksudnya:" Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang Yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu Yang dituntut di Dalam ugama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; Mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah").(At-Taubah 122)
Kita seharusnya sedar bahawa ada beberapa kelompok masyarakat yang tidak mendalami atau tidak berpengetahuan langsung tentang ilmu Agama sedang menantikan kepulangan jurubicara ummah. Wajiblah bagi kita menyampaikan apa yang dipelajari tanpa menyembunyikan sedikitpun dari kebenaran yang diketahuinya walaupun pahit untuk diungkapkan, terutamanya ungkapan yang menyebabkan periuk nasi kesayangan kita akan rosak. Ingatlah ! balasan buruk akan menanti setia di hadapan kita seperti yang disabdakan oleh RasuluLLah SAW :
?? ??? ???? ????? ???? ??? ??????? ????? ?? ???
Sesiapa yang menyembunyi sesuatu ilmu, nescaya di hari kiamat nanti ia akan dikekang oleh Allah dengan tali kekang dari api neraka. (Riwayat Ibnu Hibban)
Sangat berat untuk menanggungnya, melihat kepada siksaan yang dijanjikan oleh Allah kepada penyembunyi kebenaran, Rasanya berat lagi untuk memikul siksaan yang akan ditimpa kepada mereka yang sering mengungkapkan kata-kata yang indah tapi sayangnya, ungkapan itu tak serupa bikin. Rasulullah SAW pernah bersabda :
??????? ??????????? ?????? ???????????? ????????? ??? ???????? ???????????? ????????? ???????? ????????? ????? ????? ??????? ?????????? ?????????? ???????????? ???????? ?????? ???????? ???????????? ??? ??????? ??? ???? ?????? ?????? ???????? ?????????????? ????????? ???? ??????????? ????????? ????? ???? ?????? ????? ?????????????? ????? ?????? ????????? ???? ??????????? ????????
Didatangkan seorang lelaki pada hari kiamat, dia dicampakkan ke dalam neraka, tiba-tiba perutnya keluar berjela-jela, maka dia berpusing-pusing di dalamnya seperti keldai yang berpusing-pusing pada penunggalnya, penghuni neraka berkumpul kepadanya lalu bertanya:" tidakkah awak dahulu penyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran? Dia menjawab: ya! Sayalah yang menyuruh orang kepada kebaikan tetapi saya tidak pengerjakannya dan saya juga melarang daripada kemungkaran tetapi saya melakukannya. ( Muttafaqun Alaih )
Berdasarkan keterangan-keterangan di atas , tugas dan tanggungjawab kita sebagai penuntut ilmu agama amatlah berat. kita haruslah mengetahui langkah-langkah sewajarnya untuk ketahanan dan kekuatan diri bagi menjamin jiwa yang serba kekurangan ini terus istiqamah sehingga akhir hayat. Di sana tidak syak lagi bahawa langkah yang paling utama ialah menjadikan taqwa sebagai teman paling rapat dan setia. Keujudan taqwa dibuktikan dengan amal soleh yang berterusan serta meninggalkan segala kemaksiatan.Teori ini wajiblah mengikuti proses pentarbiyahan yang tersusun rapi dan berstrategi melalui diri sendiri dan jamaah yang disertai seperti Persatuan Pelajar Malaysia Syria(PPMS) Insya Allah.
Sayyidina Umar Al-Khattab RadiyaLLahu ‘anhu pernah berpesan kepada sa'ad bin Abi Waqas dan bala tentera yang berada di bawah pemerintahannya untuk menghadapi Empayar Parsi dengan menegaskan :
???? ?????? ???? ??? ?? ??????? ????? ???? ??? ?? ???, ??? ???? ???? ???? ???????? ??? ???????, ? ???? ??????? ?? ?????, ????? ??? ??? ?? ?????? ??? ??????? ???? ?? ?????, ??? ???? ????? ???? ????? ?? ?????, ????? ?????????????? ?????? ????? ???, ??? ?? ??? ?? ??? ??? ??? ??? , ??? ???????? ??? ??????, ????????? ???? ??????, ??? ??????? ?? ??????? ??? ??? ????? ????? ?? ?????, ?????? ????? ????? ??????, ?? ?????? ??????.
??????? ?? ????? ?? ????? ???????? ?? ????, ?????? ?? ??????, ???????? ????, ??? ?????? ?????? ???? ????? ?? ???? ???, ??? ?????? : ?? ????? ???? ??? ??? ?????? ?????, ?????? ???? ??????? ????? ??? ?? ???? ???? ??? ??? ??? ??? ?????? - ??? ????? ???????? - ???? ??????, ?????? ???? ??????, ???? ???? ??????, ????? ???? ????? ??? ??????, ??? ??????? ????? ??? ?????, ????? ???? ??? ??? ???? ( ????? ?????? ????? ???? ?????? )
Maka sesungguhnya aku berpesan kepada kamu dan mereka yang bersama kamu di kalangan tentera supaya bertaqwa kepada Allah dalam semua keadaan maka sesungguhnya bertaqwa kepada Allah itu sebaik-baik persediaan untuk menghadapi musuh dan sebaik-baik taktik di dalam peperangan. Aku memerintahkan kamu dan sesiapa sahaja yang bersamamu supaya lebih berhati-hati terhadap diri kamu lebih daripada terhadap musuh kamu kerana dosa yang dilakukan oleh bala tentera kita sepatutnya lebih ditakuti mereka daripada takutkan musuh. Sesungguhnya diberi pertolongan kepada orang Islam itu dengan maksiat yang dilakukan oleh musuh mereka terhadap Allah. Kalau tidak begitu maka kita tidak ada kekuatan yang setanding dengan mereka, kerana bilangan kita tidak seperti bilangan mereka, kelengkapan kita tidak seperti kelengkapan mereka, jika kita sama sahaja mengerjakan maksiat maka mereka melebihi kita darisegi kekuatan. Kalaulah kita tidak diberi pertolongan menghadapi mereka dengan kemuliaan yang ada pada kita (amal soleh dan meninggalkan maksiat) nescaya kita tidak dapat mengalahkan mereka dengan kekuatan yang ada pada kita.
Ketahuilah bahawa bersama kamu ketika kamu menjalankan tugas para malaikat yang ditugaskan oleh Allah untuk menjaga amalan kamu. Maka malulah kepada mereka, janganlah kamu melakukan kerja menderhakakan Allah sedang kamu berjuang di jalan Allah. Janganlah kamu berkata : "sesungguhnya musuh kita lebih jahat daripada kita " . berapa banyak telah berlaku adanya kaum yg dikuasai oleh orang-orang yang lebih jahat daripada mereka seperti pernah berlaku ke atas bani Israil apabila mereka mengerjakan maksiat lalu orang-orang kafir majusi menguasai mereka, lalu mereka bermaharajalela di kampong-kampung , adalah suatu janji yang berlaku. Oleh itu pohonlah pertolongan kepada Allah untuk menghadapi diri kamu sebagaimana kamu memohon pertolongan kemenangan untuk menghadapi musuh kamu dan aku juga bermohon kepada Allah untuk kami dan untuk kamu .
Kata-kata perangsang dari Khalifah agong ini harus lah menjadi tonggak kekuatan kepada para pembela agama Allah sepanjang zaman. Peringatan penting ini menjelaskan tentang situasi peperangan pun memerlukan taqwa, ini bermakna sudah memadai ianya sebagai bekalan untuk turun ke medan masyarakat untuk membawa obor Islam dalam lingkungan suasana keruntuhan moral, serangan pemikiran, gejala murtad, kejahilan yang diada-adakan dan sebagainya.
Taqwa menjamin amal soleh yang berterusan, amal soleh pula adalah perlaksanaan ilmu yang di pelajari. Dengan beramal meneguhkan iman dan menguatkan ilmu, maka terkeluarlah dari alam teori semata-mata.
Al-Imam al-Syahid Hasan al-Banna RahimahuLlah pernah menegaskan: "Bercakap itu lain daripada khayalan, beramal lain daripada bercakap, berjihad lain daripada beramal dan jihad yang sebenar lain daripada jihad yang salah, kita melihat banyak orang yang boleh membaca dan berilmu, tetapi membawa ilmu itu menjadi amalan suatu perkara yang payah dilakukan oleh ramai di kalangan manusia."
Amal soleh juga boleh memutuskan pertarungan di antara dua dorongan yang wujud di dalam diri manusia. Iaitu dorongan ke arah kebaikan dan dorongan ke arah kejahatan. Apabila seseorang itu beramal soleh, bermakna ia memberi kemenangan kepada kebaikan dan mengalahkan dorongan kejahatan yang ada di dalam hatinya.
Misalnya, kita mengetahui tentang kelebihan orang-orang yang membelanjakan harta bendanya pada jalan Allah, tiba-tiba lahir perasaan takut untuk mengeluarkan harta, di mana perkara itu menjadi penghalang. Tetapi apabila kita menunaikannya secara amali, bukan sahaja kita Berjaya mengatasi penghalang yang tidak baik itu, tetapi membuktikan adanya aqidah kepada pengetahuan tentang kelebihan membelanjakan harta pada jalan Allah. Begitulah seterusnya dengan amalan yang lain.
Justeru itu, kita perlu menyedari di manakah situasi sebenar kita berada. adakah cukup persiapan diri sepanjang keberadaan kita di bumi Syam dengan menghabiskan kitab semata-mata disamping mengambil masa tidur yg terlalu lama dan membiasakan diri dengan berbual kosong tanpa nilai atau menonton filem yg tidak memberi apa-apa infaq kepada diri dan orang lain atau bermain video game tanpa meluangkan sedikit masa pun untuk bersama-sama bina diri kita dalam berpersatuan dan bermasyarakat .
Sikap ini sungguh merbahaya, kerana kita sebagai penuntut ilmu yang sedang berada di zaman perlaksanaan perancangan musuh yang semakin rancak dan tersusun rapi. Kejayaan demi kejayaan yang telah mereka kecapi sejak kebelakangan ini. Atas dasar ini lah, sebahagian ulama pasca kemodenan menulis buku bagi menghuraikan tentang penuntut ilmu versi kontemporari antaranya Dr. Solah al-Kholidi di dalam kitabnya al khittotul barroqoh lizi an-nafsi at-tawwaqoh yang meletakkan salah satu akhlak yang asasi yang perlu ada pada penuntut ilmu ialah kesungguhan, beliau menjelaskan bukanlah kesungguhan itu bermakna menjauhi masyarakat dan mengasingkan diri dari mereka, bahkan wajib bagi penuntut ilmu itu untuk meluangkan sedikit masa untuk turun ke medan bagi memikul tanggungjawab dalam kerja-kerja kebajikan dan dakwah islamiyyah kepada masyarakat.
Syeikh Said Hawwa RahimahuLlah juga ada berpesan ketika memberi ulasan kitab Hikam Ibnu ‘Athaillah :
"kadang-kadang anda mendapati ada di kalangan penuntut ilmu yang merasa sempit dada atau gelisah apabila waktunya habis di dalam menziarahi orang sakit dan saudara seagama atau berbincang mengenai satu isu yang berkaitan dengan kepentingan Islam. Ia menganggap semua aktiviti ini mensia-siakan waktu dan menyeleweng dari gerakkerja yang bersungguh . ia sebenarnya satu bentuk fahaman yang salah . Rasulullah SAW adalah penghulu golongan yang beriya-iya benar menuntut ilmu dan mengajar ilmu tersebut kepada masyarakat, tetapi Baginda tidak pernah lalai dari menunaikan tanggungjawab lain yang diwajibkan ke atas Baginda. Rasulullah SAW merupakan seorang yang paling kuat beribadah , tetapi Baginda juga melaksanakan tanggungjawab terhadap orang lain , mendengar pengaduan mereka dan tidak pernah meletakkan tirai penutup antara Baginda dan orang ramai kecuali dalam beberapa detik tertentu sahaja.
Rasulullah SAW bersabda :
????????? ??? ?????? ????????? ??? ????? ????????? ??? ?????? ???????
Allah akan membantu hambaNya Selama mana hambaNya itu membantu saudaranya (Riwayat Muslim)
Buat akhirnya, marilah kita bersama-sama berganding bahu di bawah wadah Persatuan Pelajar Malaysia Syria (PPMS) dengan penuh keikhlasan kepada Allah semata-mata, bagi mempersiapkan diri demi masa depan ummah di Negara kita yang tercinta.
"BERILMU BERAMAL BERISTIQAMAH"
MOHD AKMAL BIN KAMARUDIN
PRESIDEN PPMS 2008



