Khamis 09 September 2010
Saiz Teks
   

RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DEWAN HELWI

AddThis Social Bookmark Button

SYEIKH MUHYIDIN, 10 Oktober 2009 – Setelah sepenggal Lajnah Tarbiyah dan Dakwah menjalankan program Liqa’ Mahabbah, akhirnya pada 21 Syawal baru-baru ini, pihak Lajnah Tarbiyah dan Dakwah telah membuat hari penutup Program Liqa’ Mahabbah yang diadakan di Bayt Ulyan Nuha.


Program penutup yang diadakan ini bersekali dengan majlis jamuan hari raya bagi seluruh ahli Dewan Helwi. Pelbagai aktiviti menarik yang telah dijalankan antaranya ialah cabutan bertuah, deklamasi sajak, persembahan nasyid, tazkirah dan ucapan motivasi sempena bermulanya sesi pengajian baru yang menjelang di semua tempat pengajian.


Tidak lupa juga ucapan daripada wakil Dewan Helwi sesi 2008/2009 iaitu Rabaahadawiyah Ahmad Yunus mewakili Ketua Dewan Helwi, Khairul Bariah Ahmad yang kurang sihat pada hari tersebut. Sambutan program tersebut agak menggalakkan ditambah dengan kehadiran golongan mutazawwijah yang menambahkan kemeriahan.


Program yang diadakan ini lebih menjurus kepada menemukan semula ahli Dewan Helwi secara khusus selepas program Ihya’ Ramadhan dan Majlis Raya yang diadakan secara umum di Pejabat Kedutaan Malaysia di Syria. Sebelum program berakhir, ahli yang hadir mengambil kesempatan bergambar beramai-ramai selepas menjamu selera. Program ini hanya selesai kira-kira pukul 6.00 petang.