Ralat JAPEM 09
1. Pembetulan pada senarai daftar pemilih:
Pihak JAPEM 09 telah tersilap dengan memasukkan nama Saudara Muhammad Fadhli Bin Md Noor, No keahlian PPMS: 02-0536 ke dalam daftar pemilih. Beliau tidak memenuhi syarat pencalonan kerana beliau kini berada di tahun akhir pengajian. Oleh yang demikian, sebarang pencalonan di atas nama beliau akan terbatal serta merta.
2. Pembetulan pada borang penamaan calon:
Ruangan tarikh telah berulang sebanyak dua kali. Ruangan sepatutnya menggantikan ruangan tarikh pada kolum kedua adalah ruangan tandatangan pencalon. Diharap semua ahli PPMS dapat mengambil perhatian.
Pihak JAPEM 09 akan mengeluarkan pembetulan dari semasa ke semasa. Diharap agar semua ahli PPMS dapat sentiasa mengemaskini dan mendapatkan maklumat terbaru dari website ini , dan notis yang ditampal di rumah PPMS.





