Khamis 09 September 2010
Saiz Teks
   

Pengenalan PPMS

VMO PPMS

AddThis Social Bookmark Button

 

VISI

“Ke Arah Melahirkan Ulama’ Negarawan”

MISI

Memperkasakan Tarbiah Dan Pembudayaan Ilmu

· Menghidupkan suasana AMANAHMU ( Amar Makruf Nahi Munkar )

· Memantapkan pembinaan syakhsiah dan ruhiyyah.

· Memperkasa institusi diskusi

· Memantapkan perlaksanaan disiplin.

· Memantapkan Akademik dan Sifar Gagal

· Membentuk ahli yang berjiwa kepimpinan dan menguasai multiskill

………………………………………..

Mewujudkan Kesatuan Pemikiran Dan Kerja

Memperkukuh persefahaman antara pimpinan dan ahli

· Mengeratkan ukhuwwah sesama ahli

· Memperkemaskan cara pendekatan

· Menerapkan nilai kesedaran sosial dan rasa tanggungjawab ahli

………………………………………..

Menjaga Dan Memperkemaskan Pengurusan

Kebajikan Ahli

· Melaksanakan sistem YB ( yang berhormat)

· Memperkemas maklumat semasa ahli

· Mempertingkatkan kualiti sistem penyebaran maklumat dan infomasi

………………………………………..

Menjana Sumber Kewangan PPMS

· Meluaskan jaringan ekonomi

· Mencari dana

· Memasyhurkan PPMS

………………………………………..

TEMA

“Pasak Perpaduan, Gempur Perubahan”

 

Sekitar Pengenalan PPMS 09/10

AddThis Social Bookmark Button

Persatuan Pelajar Malaysia Syria (PPMS) adalah sebuah persatuan induk yang menaugi semua mahasiswa dan mahasiswi yang berada di bumi syam ini. Bermatlamatkan untuk menyatu dan merapatkan persaudaraan Islam bagi seluruh mahasiswa Malaysia serta memupuk kerjasama yang erat di kalangan ahli. Berusaha dengan gigih dalam menimbulkan kesedaran Islam yang sebenar di kalagan ahli serta meningkatkan tahap keimanan, keilmuaan, daya keintelektualan dan kemahiran ahli kearah yang lebih progresif. Bagi meneruskan kesinambungan kepada keberhasilan matlamat ini, "PASAK PERPADUAN GEMPUR PERUBAHAN" menjadi tema pilihan untuk direalisasikan seterunya bagi menjayakan misi dan visi PPMS pada tahun ini.

Pembelaan ummah terhadap terjahan rakus dan licik musuh dari segenap sudut amat memerlukan kepada persediaan yang pragmatis bermula dari sekarang. Semoga apa yang direncanakan PPMS tahun ini mendapat dokongan penuh ahli dari pelbagai sudut sehingga mampu melahirkan ilmuwan harapan yang dapat memandu ummah mengenali islam sebenar. Pasak perpaduan, gempur perubahan! Tanpa ahli siapalah PPMS.

   

Sejarah dan Pengenalan PPMS

AddThis Social Bookmark Button

SEJARAH DAN PENGENALAN

 


Persatuan Pelajar Malaysia Syria (PPMS) telah ditubuhkan pada tahun 1986 bersamaan tahun 1407 H, lebih dua dekad yang lalu. Ia ditubuhkan bagi menjadi wadah utama pelajar-pelajar Malaysia di Syria di dalam menjaga kebajikan pelajar dan kecemerlangan akademik. Ia juga berfungsi untuk menjadi tempat meningkatkan kesedaran Islam yang tidak boleh didapati di dewan kuliah. Dengan motto "Berilmu, Beramal, Beristiqamah", PPMS bergerak maju bagi meneruskan survival sebagai wadah utama pelajar-pelajar Malaysia di Syria.

PPMS selaku pertubuhan pelajar yang sah telah berdaftar dan bernaung di bawah 3 badan penting iaitu Kedutaan Malaysia di Syria, Jabatan Penuntut Malaysia (JPM) Amman Jordan dan juga Syukbah Tullabiah ‘Arabiah, Qiadah Qaumiah Syria. Naungan ini adalah berbentuk pantauan, kerjasama dan peruntukan kewangan kepada PPMS. Alhamdulillah, setakat ini PPMS mempunyai hubungan yang baik dengan pihak-pihak tersebut.

8 tahun kebelakangan ini merupakan tempoh kebangkitan semula PPMS setelah melalui tempoh sukar semasa berlakunya perang di Iraq. Perang di Iraq telah mempengaruhi kedudukan pelajar di sini dan akhirnya ramai yang mengambil keputusan pulang ke Malaysia. Selepas perang Iraq, bumi Syam ini telah menjadi pilihan ramai pelajar Malaysia untuk mendalami ilmu agama dan bahasa Arab. Kelebihan yang terdapat di sini menjadi masyhur ditambah dengan ‘produk-produk' yang telah dihasilkan berjasa di bumi Malaysia. Sehingga kini, pertambahan pelajar ini berterusan dan telah menjadi aset yang baik kepada PPMS. Berikut adalah senarai Presiden PPMS yang telah menerajui PPMS 8 tahun kebelakangan ini :

Persatuan Pelajar Malaysia Syria (PPMS) telah ditubuhkan pada tahun 1986 bersamaan tahun 1407 H, lebih dua dekad yang lalu. Ia ditubuhkan bagi menjadi wadah utama pelajar-pelajar Malaysia di Syria di dalam menjaga kebajikan pelajar dan kecemerlangan akademik. Ia juga berfungsi untuk menjadi tempat meningkatkan kesedaran Islam yang tidak boleh didapati di dewan kuliah. Dengan motto "Berilmu, Beramal, Beristiqamah", PPMS bergerak maju bagi meneruskan survival sebagai wadah utama pelajar-pelajar Malaysia di Syria.

PPMS selaku pertubuhan pelajar yang sah telah berdaftar dan bernaung di bawah 3 badan penting iaitu Kedutaan Malaysia di Syria, Jabatan Penuntut Malaysia (JPM) Amman Jordan dan juga Syukbah Tullabiah ‘Arabiah, Qiadah Qaumiah Syria. Naungan ini adalah berbentuk pantauan, kerjasama dan peruntukan kewangan kepada PPMS. Alhamdulillah, setakat ini PPMS mempunyai hubungan yang baik dengan pihak-pihak tersebut.

6 tahun kebelakangan ini merupakan tempoh kebangkitan semula PPMS setelah melalui tempoh sukar semasa berlakunya perang di Iraq. Perang di Iraq telah mempengaruhi kedudukan pelajar di sini dan akhirnya ramai yang mengambil keputusan pulang ke Malaysia. Selepas perang Iraq, bumi Syam ini telah menjadi pilihan ramai pelajar Malaysia untuk mendalami ilmu agama dan bahasa Arab. Kelebihan yang terdapat di sini menjadi masyhur ditambah dengan ‘produk-produk' yang telah dihasilkan berjasa di bumi Malaysia. Sehingga kini, pertambahan pelajar ini berterusan dan telah menjadi aset yang baik kepada PPMS. Berikut adalah senarai Presiden PPMS yang telah menerajui PPMS 6 tahun kebelakangan ini :

2003   : Mohd Idrus bin Ahmad
2004   : Mohd Idrus bin Ahmad
2005   : Mohd Naem bin Hussain
2006    : Abdullah Sani bin Abdul Latif (Abu Bakr bin Mohd Sidek)
2007   : Mohd Akmal bin Kamarudin
2008    : Mohd Akmal bin Kamarudin (Hairul Faizal bin Isa)
2009 (sekarang)  : Hairul Faizal bin Isa

PERLEMBAGAAN PPMS

Perlembagaan PPMS telah digubal pada tahun 2006 oleh Jawatankuasa Penggubal yang diketuai oleh Ust Mohd Idrus bin Ahmad dan dianggotai oleh 10 AJK yang lain. Perlembagaan tersebut telah diluluskan dalam Mesyuarat Agung Khas yang telah diadakan pada hari Jumaat 28 April 2006. Perlembagaan ini telah menggantikan perlembagaan lama yang diluluskan pada 31 Januari 2003. Perlembagaan ini mempunyai 30 fasal merangkumi perkara-perkara yang berkaitan dengan ahli dan pentadbiran.

KOD ETIKA PPMS

Kod etika PPMS telah digubal oleh Lembaga Disiplin PPMS bagi menggariskan adab-adab dan disiplin yang perlu dipatuhi oleh pelajar Malaysia di Syria. Ia bertujuan untuk menjaga akhlak pelajar Malaysia, menjaga keselamatan khususnya kepada akhawat dan memelihara nama baik pelajar Malaysia di mata masyarakat Syria. Kod etika ini menjadi panduan asas kepada semua pelajar Malaysia berada di sini. Ia akan direview semula oleh Lembaga Disiplin pada setiap sesi bagi memastikan peraturan-peraturan yang ditetapkan sesuai dengan keadaan semasa.

PPMS SESI 2009

Melangkah ke tahun yang ke 23, PPMS mendapati cabaran kepada pelajar semakin bertambah. Sehubungan dengan itu, PPMS melakarkan beberapa misi untuk dilaksanakan sepanjang tahun ini sesuai dengan kehendak dan tuntutan semasa. Dengan meneruskan tema tahunan sesi 2008 "Memacu Perubahan, Merintis Kegemilangan", PPMS pada tahun 2009 akan berusaha sedaya mungkin untuk memastikan ahli-ahli PPMS  melakukan anjakan paradigma dan perubahan secara besar-besaran supaya perkara-perkara negatif akan terbuang dan akan digantikan dengan nilai-nilai positif yang bermanfaat.

MISI 2009

1) MEMPERKASAKAN TARBIYAH DAN KEPIMPINAN YANG BERWIBAWA

Memperkasakan institusi diskusi.
Memantapkan pembinaan ruhiyyah dan syakhsiyah.
Menggilap kredibiliti kepimpinan pelapis muda.
Menyatukan pembinaan fikrah.
Menghidupkan suasana amar ma'ruf nahi mungkar.
Memantapkan pelaksanaan disiplin.
Menerapkan nilai kesedaran sosial dan kemasyarakatan.

2) MEMANTAPKAN AKADEMIK

Mengurangkan peratus kegagalan ahli.
Melahirkan ilmuan yang intelektual.
Menyemai rasa cinta pada ilmu .


3) MENGERATKAN UKHUWWAH MEMBINA PERPADUAN

Mengeratkan hubungan atau kerjasama diplomasi antara semua pihak.
Memperkemaskan pendekatan.
Mengeratkan silaturrahim sesama ahli.

4) MEMPERKASAKAN PENGURUSAN

Mempertingkatkan kualiti kerja (sistematik dan mesra).
Memupuk semangat kerjasama.
Memantapkan pengurusan sejajar dengan tuntutan semasa.


5) MENJAGA KEBAJIKAN AHLI

Memantau kedudukan semasa ahli.
Meningkatkan rasa tanggungjawab sesama ahli.