Jumaat 10 September 2010
Saiz Teks
   

kalam presiden

Kalam Ketua Dewan Helwi

AddThis Social Bookmark Button

Selautan kasih buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W yang menjadi qudwah kepada kita dalam segala aspek. Salam hijrah buat sahabat dan sahabiah di bumi syam sekalian. Tersingkap dibenak pemikiran peristiwa hijrah yang dipelopori oleh junjungan besar nabi S.A.W bersama para sahabat baginda membuktikan kuasa hijrah yang mampu melakukan perubahan besar dalam sejarah Islam.


Firman Allah Taala yang membawa maksud;
”Dan berpegang teguhlah kamu semuanya pada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu bermusuhan, lalu Allah mempersatukan hatimu,sehingga dengan kurnianya kamu menjadi bersaudara,sedangkan ketika itu kamu berada ditepi jurang neraka ,lalu Allah menyelamatkan kamu dari sana”

Baca Lagi: Kalam Ketua Dewan Helwi

 

Ucaptama Presiden PPMS 09/10

AddThis Social Bookmark Button

 

“ Pasak Perpaduan Gempur Perubahan ”

 

1.0 Muqaddimah

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

 

Bismillahirrahmanirrahim.

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang  

Segala puji bagi Allah s.w.t tuhan semesta alam dan seluas lautan kesyukuran di atas nikmat iman & Islam yang dianugerahkan sehingga diberikan ruang nafas dan udara pada hari ini. Gugusan selawat dan salam ke atas junjungan mulia nabi Muhammad s.a.w yang telah melestarikan alam buana ini dengan keindahan islam, mengalirkan nikmat kesejahteraan yang melimpah kepada ummat manusia. Alhamdulillah tiada lafaz yang selayaknya dipuji dan dipuja melainkan DIA. Firman Allah s.w.t dalam surah at-Thur ayat 56:

“Tidaklah aku jadikan jin & manusia itui melainkan mengabdikan diri ( beribadah ) kepadaku.”

Muslimin & Muslimat yang dikasihi sekalian,

Alhamdulillah, syukur pada Allah atas kesempatan yang diberikan kepada kita bersama-sama berada disini, pada hari ini, di dalam bulan yang mana disebut didalam al-Quran sebagai bulan yang dimuliakan Allah s.w.t.

“ Sesungguhnya bilangan pada sisi Allah ialah 12 bulan, dalam ketetapan Allah s.wt pada waktu Dia mencipta langit dan bumi, di antaranya empat bulan adalah ‘haram’ ( Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab )” -surat at-Taubah : ayat 36

Bulan ini juga menyaksikan kepada kita peristiwa besar yang berlaku dalam sejarah Islam, dimana pada bulan ini telah berlaku peristiwa hijrah pertama umat Islam dalam meyampaikan misi dakwah secara terbuka. Peristiwa ini memperlihatkan pengorbanan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat dalam memperjuangkan kalimah Lailahaillallah. Hijrah Rasulullah ini, memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah s.a.w., ukhuwah dan syiar Islam itu sendiri. Kejayaan dan penentangan yang dihadapi umat Islam sejak lebih 1431 tahun yang lalu telah meletakkan kita diposisi paling hadapan untuk terus mempertahankan Islam daripada jatuh ke tangan pihak musuh. Seperti mana jatuh bangunnya khilafah Islam suatu ketika dahulu, PPMS juga menghadapi perkara yang sama. Pencapaian PPMS hari ini ingin menuju ke arah yang lebih memberangsangkan dari segi kematangan dan kemantapan dalam berorganisasi berdasarkan pengalaman dalam mengharungi berbagai mehnah dan tribulasi mengingatkan kita kepada sunnah perjuangan. Bukan bermakna pencapaian ini menutup mata kita dari mendepani cabaran yang lebih hebat pada masa hadapan bahkan ia adalah sebagai pencetus kepada pemerkasaan PPMS sendiri. Kemantapan ini adalah hasil dari kerjasama erat yang terjalin antara barisan kepimpinan dan ahli serta ia lebih bermakna jika jiwa-jiwa yang menggerakkannya adalah dari generasi yang berjiwa besar untuk melihat dan memimpin perubahan ke arah yang lebih baik. Justeru, bertepatan dengan apa yang diharapkan, PPMS sesi ini bersepakat memilih tema “Pasak Perpaduan, Gempur Perubahan” sebagai merealisasikan perubahan yang diinginkan.

Sahabat & Sahabiah yang dihormati,

Sejajar dengan tema PPMS kali ini, telah mendorong kepada cetusan visi yang besar iaitu “ke arah melahirkan generasi ulama’ negarawan”. Dalam makna kata visi yang dicanangkan ini cuba mengetengahkan sebuah harapan dan impian besar dalam melahirkan ulama yang faqih dari aspek ilmu dan dalam masa yang sama tidak terkebelakang dalam aspek pengurusan, protokol, pentadbiran bermula dalam sebuah entiti kecil iaitu persatuan dan organisasi sehinggalah kepada sebuah entiti lebih besar dan kompleks iaitu mujtama’ dan daulah. Merealisasi impian ini seakan satu sumbang saran yang songsang dan tidak masuk akal namun, perlu difahami bahawa pelaksanaannya bukan berorientasi melahirkan seorang Menteri Besar, Ahli Parlimen, seorang politikus semata-mata. Ini adalah sebuah persepsi yang sempit. Sebaliknya visi ini ingin melahirkan ulama berjiwa rabbani dalam masa yang sama mempunyai kesedaran dalam tanggungjawab dakwah dan peranan dalam masyarakat serta negara. Tanpa kita menafikan peranan yang dimainkan oleh ulamak terdahulu yang memainkan peranan penting dalam mentarbiah dan mendidik masyarakat supaya lebih mendekatkan diri kepada islam. Kita memilih visi ini, bagi merealisasikan penggabungkan di antara turath dan muasarah, supaya generasi akan datang mampu mengharungi cabaran semasa yang memerlukan kepada penggabungan dua perkara ini. Mungkin istilah ulama negarawan ini masih agak asing di halwa telinga kita namun jangan hanya kerana sebuah istilah asing ia terus ditolak tepi tanpa sebuah penilaian dan pemahanan yang jelas. Sebuah istilah boleh jadi salah namun menilai atas sebuah nama ia bukan kayu ukur utama untuk mengatakan idea tersebut salah. Namun yang menjadi kayu ukurnya adalah sejauh mana manhaj dan uslub yang diketengahkan, adakah benar ataupun salah. Sebagai contoh, sebuah idea atas nama Islamisasi walaupun dengan menggunakan nama Islam, namun tetap dilabel salah sekiranya manhaj dan uslubnya tidak bertepatan dengan syariah dan kehendak Islam.

Di sini, mungkin agak menguji tahap kematangan kita dalam membuat penilaian terhadap sesuatu perkara. Andai kata terdapat kesilapan, di sinilah menguji kekuatan kesatuan kita dan bagaimana hubungan dua hala yang mampu diwujudkan, bagaimana bentuk perbincangan yang mampu diamalkan yang pastinya menguja dan menguji antara pimpinan dan ahli dalam sebuah organisasi. Silaplah pemimpin jika ditegur lalu menengking. Silaplah yang dipimpin jika menegur dalam menengking. Oleh itu, untuk melakukan satu momentum yang berbeza dalam mewujudkan kemenangan dan kejayaan hakiki dari segala sudut dan bukan sekadar basah dan kering di bibir sahaja, haruslah dilakukan secara kolektif, komited dan konsisten dengan keterlibatan semua pihak yang bernaung di bawah PPMS sama ada pemimpin atau yang dipimpin. Perubahan itu bukan mudah dilakukan walaupun tak mustahil, tetapi kekadang juga sesuatu perubahan yang mudah dilakukan boleh jadi tergelincir daripada matlamat asalnya seandainya tiada kesepaduan. Maka, sukalah ana mengulangi tema PPMS yang digariskan pada tahun ini iaitu “pasak perpaduan, gempur perubahan”. Perpaduan dari aspek fikrah dan amal dalam menggempur perubahan mentaliti dan sikap sehingga menuju kepada misi dan matlamat. Saya, dengan ini dengan rasa rendah diri ingin mengajak seluruh warga PPMS termasuk pimpinan dan ahli agar kita sama-sama berusaha dalam memastikan visi dan misi PPMS sesi ini mencapai kejayaan dan kecemerlangan. InsyaAllah.

1.1 Memperkasakan Tarbiah dan Pembudayaan lmu

Tarbiah merupakan asset atau tunjang dalam menggerakkan nadi kesatuan dalam melahirkan insan-insan yang berjiwa rabbani dan bertaqwa. Tanpa pendidikan jiwa dan pertambahan nilai dalam diri seseorang itu, memungkinkan hidup hanya kerana dunia semata-mata di atas kefahaman yang boleh memerangkapnya. Seperti yang digembar-gemburkan pada tahun ini perubahan dalam bentuk organisasi telah berlaku seperti mana yang berlaku dalam portfolio tarbiyah dan akademik digabungkan di bawah satu eksekutif iaitu di bawah portfolio Pembangunan Insan. Tidak menafikan faktor keruncingan masalah tenaga kerja manusia (TKM) menjadi pendorong kepada penggabungan portfolio ini. Namun, aspek kesesuaian dan keperluan juga menjadi penilaian supaya menjadi satu landskap yang sesuai agar memberikan lebih kefahaman yang seiring dan jelas dalam memperkasakan dan melahirkan ulama’ negarawan. Fokus utama bagi lajnah dan biro Pembangunan Insan kali ini ialah memperkasakan lagi institusi diskusi dan membudayakan lembaran ilmu selain menekankan dan menghidupkan konsep AMANAHMU (Amar Makruf Nahi Munkar). Di samping itu, PPMS pada tahun ini melalui misi ini akan cuba memantapkan pembinaan syakhsiah, ruhiyyah, perlaksanaan disiplin, akademik dan sifar gagal, membentuk ahli yang berjiwa kepimpinan dan menguasai multi skill agar mencapai generasi yang berkualiti hasil pentarbiahan dan pendidikan murabbi di sini. Demi menjayakan misi tarbiah ini, maka perubahan demi perubahan mesti dilakukan secara bersama. Kebersamaan inilah yang akan membentuk satu kefahaman bahawa agenda tarbiah itu adalah agenda bersama dan bukannya digalas dibahu Biro dan Lajnah Pembangunan Insan sahaja.

1.3 Mewujudkan Kesatuan Pemikiran dan Kerja ( ???? ????? ????? ????? )

 

Pasak perpaduan, gempur perubahan menjadi mekanisma penting yang mesti difahami semua pihak yang terlibat tidak kira pimpinan atau ahli. Keberkesanan dalam melaksanakan misi ini memerlukan kerjasama dan kesefahaman yang utuh dalam membangunkan komponen-kompenan yang berkait padanya. Seperti pemerintah dengan rakyat, majikan dengan pekerja dan pemimpin dengan ahli. Perbincangan dan keputusan dari kedua-dua pihak sangat memainkan peranan penting dalam membuahkan hasil yang sempurna. Setiap pihak yang terlibat pula harus memperkemaskan cara pendekatan dalam menerapkan nilai kesedaran sosial dan rasa tanggungjawab semua. Kali ini juga, pemikiran yang sempit dan jauh merawang akan cuba dibenteras supaya semua ahli peka dengan tanggungjawab masing-masing agar menjadi insan yang beradab terhadap diri dan kepada Dia Yang Maha Agung. Kita berdoa juga, agar semua hati-hati yang bersatu ini dapat mengeratkan ukhuwah sesama kita dalam menperkembangkan keberlangsungan dakwah seterusnya. Oleh itu, betapa pentingnya kita melakukan anjakan paradigma mengubah mentaliti masyarakat dengan kita membuktikan bahawa mahasiswa/i timur tengah di sini tidaklah jumud dalam berfikir, berorganisasi dan belajar sehingga meninggalkan sebahagian yang lain.

 

1.4 Menjaga dan Memperkemaskan Pengurusan Kebajikan Ahli

Sidang hadirin yang dimuliakan,

PPMS yang bertapak sejak 1986 ini tertubuh atas dasar ingin menjaga kepentingan dan kebajikan ahli akan terus meningkatkan kualiti dan memperkemaskan lagi pengurusan yang sedia ada. Pelbagai aktiviti telah disusun dan diadun pada setiap tahun bermatlamatkan perpaduan harus dititikberatkan oleh semua ahli selaras dengan tema yang ingin kita bawakan. Bagi mengorientasikan kebajikan ahli, Lajnah kebajikan telah menyusun beberapa perkara yang penting antaranya sistem Mas’ul, memperkemaskan maklumat semasa ahli dan mempertingkatkan kualiti sistem penyebaran maklumat dan informasi. Pemerkasaan pengurusan kebajikan ahli pada sesi ini merupakan satu langkah ke arah menjaga kebajikan ahli dengan cara memecahkan beberapa kawasan dan setiap kawasan akan dijaga dan dipantau secara keseluruhannya oleh exco yang dilantik bagi kawasan tersebut. Tindakan ini juga merupakan salah satu langkah untuk merapatkan ukhuwah antara pimpinan dengan ahli atau dipanggil “mesra ahli”. Manakala Sistem Mas’ul pula di susun bagi memastikan keselamatan akhawat supaya tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini. Mas’ul yang telah dilantik mestilah bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan, kerjasama perlu diberi antara akhawat dan mas’ul masing-masing agar perlaksanaan sistem ini dapat berjalan dengan baik. Seterusnya, pihak persatuan akan sentiasa memperkemaskan maklumat semasa ahli dari segi pengajian, tempat tinggal, dan lain-lain untuk tujuan sumbangan dan kebajikan ahli. Manakala saluran penerangan seperti web, ppms info dan warkah merupakan medium utama dalam menyampaikan maklumat yang tepat kepada semua ahli. Justeru, pihak PPMS akan terus meningkatkan kualiti dalam usaha menyebarkan maklumat dan informasi kepada setiap ahli melalui saluran yang sedia ada ini. Kesemua yang dirancangkan ini memerlukan sokongan dan dokongan dari setiap ahli dalam rangka merealisasikan perpaduan dan perubahan yang diinginkan bersama.

1.5 Menjana Sumber Kewangan PPMS

Antara misi lain persatuan pelajar Malaysia Syria pada sesi 09/10 adalah untuk menjana sumber kewangan PPMS kearah yang lebih mantap dan mapan. Ini kerana ekonomi merupakan nadi penggerak kepada setiap agenda yang telah kita rancangkan bersama. Dalam Islam sendiri ekonomi merupakan elemen yang penting untuk dilaksanakan dalam kehidupan. Bukti jelas kita dapat lihat melalui sirah perjuangan nabi-nabi, para sahabat dan kaum muslimin yang telah mengorbankan hamper semua harta mereka untuk perjuangan menegakkan Islam. Saidina Abu Bakar sendiri telah menyerahkan seluruh hartanya dalam peperangan Tabuk sehingga Rasulullah s.a.w. bertanya “ apa pula yang kamu peruntukkan untuk diri kamu dan keluarga kamu?” Beliau menjawab dengan tenang. “ cukuplah Allah dan Rasul bagiku” begitu juga Abdul Rahman bin Auf dan Saidina Umar yang telah menginfakkan separuh dari harta mereka dalam misi ini. Semua ini menunjukkan betapa besarnya peranan ekonomi dalam Islam.

Jesteru, ana bagi pihak PPMS menyeru ke atas setiap ahli atau individu untuk berfikir dan memberi saham bagi menjana dan mengukuhkan lagi sumber kewangan PPMS pada kali ini dan akan datang. Seperti mana yang kita sedia maklum, sumber kewangan PPMS adalah sangat terbatas dan kita tidak menerima peruntukan yang tetap daripada mana-mana pihak atau agensi. Ini menjadi tanggungjawab kita semua untuk bekerjasama dalam menjana projek-projek ekonomi dengan lebih kreatif dari masa ke semasa. Kita juga digalakkan untuk mempromosikan atau memperkenalkan PPMS kepada masyarakat di Malaysia serta mengadakan hubungan dua hala antara PPMS dan negara-negara luar, lebih-lebih lagi negara Malaysia dengan tujuan memudahkan gerak kerja mencari sumbangan dan untuk menjayakan agenda-agenda kebajikan itu sendiri.

Peruntukan kewangan PPMS sesi 2010 telah di keluarkan yang mana memperlihatkan 50% diperuntukkan bagi gerak kerja pentadbiran PPMS. Peratus yang diperuntukan ini adalah merangkumi bayaran sewa rumah persatuan dan lain-lain. Manakala 30% lagi telah diperuntukkan untuk kebajikan ahli. Sebagai contoh; bantuan kewangan kepada pelajar yang kurang berkemampuan, sumbangan barangan keperluan kepada ahli dan pengurusan iqamah. Baki selebihnya iaitu 20% telah dikhususkan untuk segala aktiviti dan program yang akan dijalankan pada sesi ini.

1.6 BKAN

 

Sidang dewan yang dimuliakan,

PPMS sesi 2010 tampil dengan wajah baru setelah melakukan beberapa perubahan dalam organisasi, perancangan, perlaksanaan dan aktiviti. Seperti yang kita sedia maklum, faktor terbesar kepada berlakunya perubahan ini adalah kerana masalah keterbatasan atau kekurangan tenaga manusia untuk disumbangkan kepada persatuan dan BKANS serta aktiviti dan program yang akan dijalankan. Justeru, lembaga eksekutif telah bersetuju untuk mengswastakan program-program mega PPMS dibawah pengurusan BKAN, dengan kata lain PPMS bekerjasama dengan BKAN bagi menyusun tenaga kerja manusia dan menjadikan BKANS sebagai penganjur bersama kepada program yang dijalankan. BKANS juga akan dilibatkan secara langsung dalam menjayakan misi ziarah mahabbah PPMS, selain akan diperkasakan sebagai jentera rasmi dalam menjana kebajikan ahli PPMS.

 

1.7 Penutup

Akhirnya, untuk menjayakan kesemua misi-misi ini, perkara pertama yang diperlukan adalah kerjasama dan sokongan dari semua pihak. Ilmu yang mantap, kepakaran, pengalaman dan kemahiran yang wujud dalam diri kita, haruslah digemblengkan menjadi suatu tenaga yang kukuh, mampu menangani apa jua perubahan yang berlaku. Kita hendaklah menjadi penggerak utama ke arah perubahan dan perpaduan yang lebih baik. Mereka yang tidak berupaya merenung dan belajar dari suasana yang sudah berubah tidak mungkin mampu menjadi penggerak utama, malah akan menjadi golongan yang tercicir dari arus perubahan. Seperti yang disabdakan Rasulallah (SAW) : "Sesungguhnya zaman akan pantas berubah, tidak dapat tidak bagi mereka yang bijak untuk sentiasa menguasai realiti zamannya itu". Kiranya tidak mampu menangani perubahan, kita hanya bakal menjadi sejarah. Oleh yang demikian, kami dari PPMS menyeru dan

 

 

 

   

PERUTUSAN PRESIDEN SEMPENA AIDILFITRI 1430 H

AddThis Social Bookmark Button


???? ????, ???? ????? ???? ????, ???? ????? ???? ????, ???? ????? ???? ???? ? ????? ???? ?????? ?????? ???? ?????? ??????? ???? ????? ????????.

 

Hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian,
Segala puji dan kesyukuran kita panjatkan kepada Allah SWT di atas nikmat kesihatan, kelapangan dan peluang untuk terus menjalani siri-siri kehidupan di atas muka bumi ini. Hari ini merupakan hari kemenangan bagi umat Islam, setelah melaksanakan ibadat puasa sebulan pada bulan Ramadhan. Hari ini juga merupakan hari untuk kita memuji kebesaran dan kehebatan Allah SWT dengan sama-sama kita memperbanyakkan menyebut kalimah takbir ???? ???? supaya kita merasakan kebesaran Allah SWT pada hari yang penuh bahagia ini. Bersesuaian dengan firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah, ayat 185  :


(( ??????????????? ????? ??? ?? ????? ?????? ?????? ))


Maksudnya :

" Dan hendaklah kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjuk dari-Nya, dan supaya kamu bersyukur”

 

Hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian,
Jepun sebagai kuasa yang tinggi sains dan teknologinya dikatakan tidak mampu membuat piramid sebagaimana piramid yang dibuat oleh orang-orang zaman Firaun. Hari ini begitu tinggi pencapaian saintis tetapi tidak mampu membuat ramuan mamee sebagaimana ramuan campuran tertentu yang boleh mengawetkan mayat beribu-ribu tahun. Ini bermakna bukanlah dahulu tidak tinggi teknologinya, tetapi umat yang sehebat itu pun boleh hancur, dihancurkan oleh Allah SWT yang bersifat Maha Besar lagi Maha Perkasa.

 

 

Sebuah syarikat elektronik di Jepun ketika memasarkan barangan elektronik mereka akan memastikan ‘manual’ atau pun ‘buku panduan’ disertakan sekali sebagai panduan kepada pengguna. Dan bila diikuti secara betul oleh pengguna, maka barang elektronik tersebut akan berfungsi dengan baik dan tahan lama. Persoalannya, mengapakah pengguna tersebut begitu mempercayai dengan buku panduan yang disediakan oleh pihak syarikat tersebut? Ini kerana pengguna itu tahu bahawa orang yang paling mengetahui kemampuan, kapasiti dan selok belok barangan elektronik tersebut ialah pembuatnya, iaitu pihak syarikat. Tetapi sekiranya pengguna tersebut ‘buat-buat pandai’, lain yang disuruh, lain yang dibuatnya, maka InsyaAllah ber’asap’ lah barangan tersebut.

 

Saya sekadar membuat satu analogi mudah kepada kita semua untuk menunjukkan bahawa Allah itu Maha Besar, Maha Hebat lagi Maha Bijaksana, Allah lah yang mencipta kita dan Allah telah menurunkan satu buku panduan iaitu Al-Quran supaya manusia itu selamat bukan setakat di dunia, tetapi juga di akhirat. Mungkinkah panduan-panduan-Nya itu tidak sesuai dengan insan??? Kalau itu dakwaan kita, maka secara tidak langsung kita mendakwa bahawa Jepun lebih bijaksana, lebih hebat dari Allah SWT. Itu sebab kita sebagai umat Nabi Muhammad SAW, apabila berhadapan dengan ayat-ayat dan arahan-arahan Allah SWT berkaitan hukum-hakamnya, kita disuruh bersikap ????? ??????, kami dengar Ya Allah selanjutnya kami patuhi!!! Jangan dibangkang, kalau bangkang akan jadi lain dan sangat berbahaya. Dengan pengertian tidak selamat di dunia, tidak selamat di akhirat. Bersempena saat dan detik yang penuh dengan keberkatan dan kerahmatan ini, marilah kita mengambil peluang dan kesempatan untuk kita mempertingkatkan ketaqwaan kepada Allah dengan kita mematuhi segala apa yang Allah suruh dan meninggalkan segala apa yang Allah larang.

 

Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian,
Akhir-akhir ini kita amat berasa sedih kerana Islam dan umatnya saban hari dihantui  dengan pelbagai masalah, cemuhan dan tohmahan. Berbagai tragedi yang berlaku di dunia ini dan tindakan liar sesetengah pihak telah membuatkan seluruh dunia menuding jari ke arah Islam dan mempersalahkan umatnya. Umat Islam berhadapan dengan cabaran aliran pemikiran, cabaran kepimpinan, cabaran kemiskinan, cabaran politik, ekonomi, sosial, teknologi maklumat dan sebagainya. Sekiranya umat Islam tersilap langkah membuat perhitungan pemilihan, maka umat Islam akan menyaksikan sendiri umatnya terpinggir dan tersorot kebelakang. Bermacam-macam dakyah dan propaganda  jahat yang dirancang oleh musuh-musuh Islam yang radikal untuk mengoyakkan aqidah dan kesatuan Islam yang semakin membangun perlahan-lahan melalui semua jenis saluran “taktik kotor” dan sebagainya setelah peperangan untuk menundukkan Islam tidak berjaya.

 

Falsafah ????? ???? (khalifah Allah) yang tertanam dalam diri umat Islam telah menjadi penggerak kepada kelahiran eradaban manusia yang memberi manfaat bukan sahaja kepada umat Islam malah kepada bangsa lain. Faktor inilah yang menyebabkan musuh Islam semakin membenci dan menunggu peluang untuk melemahkan umat Islam. Dalam hal ini umat Islam tidak lagi boleh leka dengan status dan kedudukan sekarang, lebih-lebih lagi cabaran globalisasi semasa di alaf baru ini. Maka persoalan yang boleh dikaitkan dengan bala musibah yang menghimpit arus putaran masa kebangkitan Islam ialah mengapa Islam diberi tamparan yang sebegini hebat? Natijahnya wahai kaum muslimin dan muslimat sekalian ialah berpunca dari kelemahan umat Islam itu sendiri.

 

Kegagalan kita umat Islam untuk bersatu padu membina kekuatan syakhsiah, akhlak serta sikap untuk berubah kepada sesuatu yang lebih baik sedikit sebanyak menyumbang kepada terhakisnya sinar Islam sedikit demi sedikit, yang mana sesunguhnya yang demikian itu adalah paksi sasaran utama orang-orang kafir dan musuh-musuh Islam yang tidak pernah putus asa untuk melenyapkan cahaya Islam dari muka bumi.
Wahai generasi tonggak kebangkitan Islam,

 

Kini Ramadhan telah pun berlalu pergi, maka pemergian Ramadhan kali ini adakah benar-benar meninggalkan natijah yang terbaik, hasil tuaian didikan tarbiah yang diperolehi selama 29 hari kunjungan Universiti Ramadhan? Selesaikah persoalan : “????? ?????” ?!! (mudah-mudahan kamu bertaqwa?!!) Berkata Saidina Umar Abdul Aziz rahimahullahuta’ala :

 

“..bukanlah ketaqwaan itu pada puasanya kamu di siang hari, atau pada bangunnya kamu setiap malam, berapa ramai orang yang puasa tetapi sekadar menahan lapar dan dahaga, berapa ramai orang yang bangun malam tetapi sekadar mendapat letih dan lesu semata-mata??? Tetapi ketaqwaan itu ialah bila kamu meninggalkan segala apa yang Allah haramkan, menunaikan segala apa yang Allah suruh.”

 

Dalam maksud yang lain ialah kita dapat menjadi seorang insan proaktif yang merdeka daripada dijajah oleh perkara-perkara atau faktor-faktor yang kita tidak mampu untuk kawal. Bila berhadapan dengan perkara yang tidak baik, kita mampu berhenti seketika untuk kita fikir dan membuat keputusan terhadap diri kita sesuai dengan syariat Islam, menepati kehendak Allah SWT. Jadi inilah natijah sebenar kepada Universiti Ramadhan yang telah kita tempuhi saban tahun, yang terkandung di dalamnya ??????? ataupun rahsia-rahsia yang unik dan tersembunyi, yang hanya diketahui oleh Allah SWT.

 

Pernah berlaku di zaman Rasulullah SAW, ketika bersama-sama para sahabat RA di dalam masjid Baginda di Madinah al-Munawwarah, Rasulullah SAW membaca ayat 183, surah al-Baqarah. Baginda SAW mengulangi hujung ayat ini sebanyak 3 kali : “????? ?????”. Kemudian Baginda bangun lalu masuk ke dalam rumahnya. Beberapa orang sahabat RA mula bertanya sesama sendiri, apakah yang dimaksudkan dengan taqwa oleh Rasulullah SAW? Sedangkan mereka adalah orang Arab yang memahami maksud kalimah taqwa itu, tetapi apa yang merisau dan membimbangkan mereka ialalah sekiranya mereka tidak tergolong di kalangan orang yang bertaqwa mengikut tafsiran dan piawaian standard Nabi SAW. Ada yang bertanya kepada Saidina Abu Bakar al-Siddiq, dan ada yang bertanya kepada Saidina Umar al-Khattab. Mereka berdua sangat beradab dengan mengambil sikap tidak mahu mendahului Nabi SAW. Tiba-tiba bangun Saidina Ali karramallahu wajhah memberikan tafsiran taqwa kerana Nabi SAW pernah memberitahu Saidina Ali berkenaan maksud taqwa. Beliau menjelaskan : ta’ni bitttaqwa al-khaufu minal jalil,wal-amalu bimuqtadottanzil, wal qana’atu bilqalil, wal-isti’dadulyaumirrahil”. Taqwa yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW itu mesti ada 4 ciri iaitu yang pertama : al-khaufu minal jalil : manusia mesti takut kepada Allah Rabbul Jalil lebih daripada benda lain. Yang kedua, wal-amalu bimuqtadottanzil : manusia yang beriman, yang bertaqwa ialah mereka yang mampu beramal dengan apa yang diturunkan oleh Allah SWT. Yang ketiga, wal qana’atu bilqalil : manusia yang bersyukur, yang berpuas hati dengan nikmat yang sedikit yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada mereka, dan yang keempat ialah wal-isti’dadulyaumarrahil : golongan manusia yang bersiap-sedia untuk bertemu dengan Allah SWT pada bila-bila masa. Saidina Ali kata ada 4 ciri dan ciri taqwa ini akan dihadiahkan oleh Allah SWT kepada orang-orang yang menunaikan ibadah puasa dengan baik. Sebab itu dalam satu hadis lain Nabi SAW bagitau : 

?? ??? ????? ?????? ???????? ????? ?? ???? ?? ????

Bukan sahaja jaminan pengampunan ini sahaja yang dijanjikan  di dalam Ramadhan bahkan berlanjutan pula hingga menjelang Syawwal :

?? ??? ????? ?????? ??? ?? ???? ??? ???? ?????

 

Insentif-insentif yang seumpama ini jika diadunkan dengan kesedaran maksimum keimanan sejati akan membuahkan disiplin syakhsiah yang kuat, jiwa yang suci, akhlak yang mulia dan peribadi yang membantu mempertingkatkan kekuatan Islam dan melemahkan ancaman kerosakan.            

 

Muslimin dan muslimat yang dirahmati sekalian,
Menyedari dan menginsafi bahawa kesucian dan kesesuaian Islam sahaja yang mampu menyelesaikan permasalahan ummah, sewajarnya kita memperkukuhkan kesungguhan, kesepaduan, kerjasama antara muslimin dan muslimat bagi menggerakkan semula utaran sejarah kebangkitan Islam dan umatnya satu ketika dahulu, serta merealisasikan satu “masyarakat Islam” yang menggunapakai satu sistem yang sempurna dan lengkap sekaligus memadamkan tradisi  karat jahiliah. Firman Allah Ta’ala :

????? ???????? ????? ??? ???? ?? ???? ???? ???? ??????

Maksudnya :

“Sesudah itu patutkah mereka berkehendak lagi kepada hokum-hakam jahiliah? Padahal pada orang-orang yang penuh keyakinan tidak ada sesiapa pun yang boleh membuat hukum yang lebih baik dari Allah”

Wahai generasi acuan Syam,
Bangkitlah, sedarlah kita dari kemalapan dan ketandusan nilai-nilai insaniah, nilai-nilai akhlak yang mulia. Marilah kita kembali kepada hakikat kita ini adalah seorang hamba yang mana tugas seorang hamba adalah mengabdikan diri semata-mata kepada Allah SWT. Allah sebagai Tuhan yang kita taat dan kita sembah pada bulan Ramadhan juga adalah Allah dan Tuhan yang sama pada bulan-bulan yang lain, yang wajib kita patuh dan taat setiap masa dan keadaan. Manakala kita pula insan yang berstatus hamba pada bulan Ramadhan adalah juga hamba pada bulan-bulan yang lain, dulu, kini, selamanya kita kekal sebagai hamba. Sebagaimana firman Allah SWT:

??? ???? ???? ?????? ??? ???????

Maksudnya :

“Tidak Aku jadikan jin dan manusia itu melainkan untuk menghambakan diri kepada Aku semata-mata”

 


Saya mengajak hadirin dan hadirat sekalian, marilah kita memusatkan kekuatan pada jati diri sendiri, dengan mempertingkat serta membudayakan ilmu, menguatkan ukhuwwah sesama kita, meruntuhkan jahiliah diri dari sikap mazmumah dan kemudian menghiasnya dengan akhlak mahmudah, serta memandang dan bergerak lah menuju kehadapan demi kepentingan agama suci bukannya kepentingan diri sendiri.

 

Akhir kalam, sempena hari lebaran dan kemenangan ini, sekali lagi saya mengajak agar bersama-samalah kita saling maaf-memaafi, saling ziarah-menziarahi antara satu sama lain agar kita juga di kalangan orang-orang yang diampun dan dirahmati oleh Allah SWT. Saya selaku Presiden mewakili saf kepimpinan Persatuan Pelajar Malaysia Syria (PPMS) sesi 1430H mengucapkan “Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin” kepada semua rakyat Malaysia di Syria.    Salam Lebaran, Salam Kemenangan…

“?? ??? ???? ???? ??? ”    

 

Sinar Ramadhan Pudar Menyendiri,
Cahaya Aidilfitri Kini Dirasai
Semangat Ukhuwwah Sentiasa Bersemi,
Selamat Hari Raya Aidilfitri.

 


-HAIRUL FAIZAL BIN ISA-

   

PERUTUSAN PRESIDEN PPMS SEMPENA SAMBUTAN KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-52

AddThis Social Bookmark Button

perutusan_presiden Salam Ramadhan, salam kemerdekaan…Alhamdulillah, kesyukuran kita panjatkan kepada Allah S.W.T. kerana di kala ini masih lagi kita diberi peluang untuk terus menikmati segala keagungan nikmat yang dikurniakan kepada kita sebagai hamba di dunia ini. Kita perlu rasa lebih bersyukur apabila kita juga masih diberi peluang untuk sekali lagi berada di dalam bulan Ramadhan yang datang dengan membawa rahmat dan keberkatan. Mudah-mudahan kita menjadi umat yang mensyukurinya dengan mentaati segala perintah Allah, memelihara kualiti puasa dan menghidupkan malamnya dengan pelbagai ibadah kerana Ramadhan bukan sahaja bulan puasa, tetapi ia juga bulan ibadah, bulan al-Quran, bulan silaturrahim, bulan perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan, bulan memisahkan antara hak dan batil. Sabda Rasulullah S.A.W. :

“Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan

Allah, maka Allah akan mengampuni segala dosanya yang terdahulu”   -Riwayat Bukhari-

 

52 TAHUN


Sahabat-sahabat yang dikasihi Allah sekalian,

Dalam kelajuan masa yang berputar kini, tanpa kita sedari, pada hari ini telah genap 52 tahun kita meraih kemerdekaan bagi tanah air kita yang tercinta. Satu kesyukuran besar yang harus kita panjatkan kepada Allah S.W.T. di atas nikmat kebebasan dan kemerdekaan yang telah anah air kita nikmati menjangkau setengah abad yang lalu. Mudah-mudahan nikmat kebebasan dan kemerdekaan ini akan berterusan sampai bila-bila. Rasa bersyukurnya kita kerana pada tahun ini sambutan kemerdekaan tanah air kita diraikan dalam bulan Ramadhan yang penuh mulia iaitu satu bulan yang kita katakan sebagai bulan yang menatijahkan kemenangan kepada umat Islam. Bulan Ramadhan inilah yang telah menjadi saksi kepada pelbagai siri kemenangan umat Islam dalam meraih kebebasan dan kemerdekaan yang hakiki bagi agama Islam dan umat Islam secara khususnya.Dalam meraikan kemerdekaan pada tahun ini, marilah kita sama-sama mengambil ibrah dan iktibar dalam satu peristiwa besar kemenangan dan kemerdekaan umat Islam dalam bulan Ramadhan iaitu peristiwa Pembukaan Kota Mekah atau lebih dikenali dengan peristiwa   ‘Fathul Makkah’.


FATHUL MAKKAH


Sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian,

Rasulullah S.A.W. telah membuktikan kepada kita bahawa beliau sebenarnya adalah pahlawan kemerdekaan yang cukup hebat. Kejayaan   ‘Fathul Makkah’ yang diraih melalui pragmatis dan ketajaman fikiran Baginda S.A.W. sewaktu Perjanjian Hudaibiah akhirnya menatijahkan kemenangan yang cukup bermakna bagi umat Islam.


Tindakan Rasulullah S.A.W.  dalam memecahkan 360 patung berhala di sekeliling Kaabah seusai berjaya masuk ke  Kota Mekah adalah tanda kemerdekaan hakiki yang diraih oleh umat Islam.  Satu konsep yang diajar Nabi S.A.W. dalam mengisi kemerdekaan yang hakiki ialah dalam sabdanya ketika sedang memecahkan patung-patung berhala di sekeliling Kaabah :


“Telah datang akan kebenaran dan telah terhapusnya kebatilan. Sesungguhnya telah datang

kebenaran dan sesekali tidak akan datang lagi kebatilan itu..”


Maka, dengan serta merta terkambuslah seluruh Jahiliah Quraish yang keji bersama segala adat dan tradisinya. Betapa pentingnya nilai konsep ini untuk kita praktikkan bagi meraikan kemerdekaan yang hakiki dalam diri kita seiring dengan kemerdekaan tanah air yang kita kecapi kini.


HEGEMONI (pengaruh atau dominasi sesebuah negara ke atas negara-negara lain)


Mungkin kita sudah terasa selamat dan merdeka dari hegemoni kenegaraan dari golongan penjajah, tetapi hakikat realiti yang sebenarnya adalah umat Islam sebenarnya masih belum merdeka kerana hegemoni pemikiran oleh pihak penjajah telah berjaya merosakkan kemerdekaan hakiki yang sepatutnya diraih oleh umat Islam.Zionis dan pihak Barat telah menunjukkan keberjayaan dalam perancangan mereka apabila berjaya mempengaruhi Umat Islam dalam mengikuti jejak langkah mereka. Walaupun mereka tidak lagi menjajah tanah air kita secara mutlak, namun pemikiran umat Islam hari ini telah diracuni dengan 1001 anasir negatif melaui isme-isme yang dicetuskan tanpa kita sedari. Hegemoni pemikiran membuktikan sebenarnya kita masih belum benar-benar berjaya dalam meraih kemerdekaan yang hakiki. Sebagaimana firman Allah S.W.T. :

“Dan tidak sekali-kali golongan Yahudi dan Nasrani akan redha dengan kamu sehinggalah kamu mengikuti mereka..”   -al-Baqarah : 120-


MERDEKA HAKIKI


Para tetamu Ramadhan yang dirahmati sekalian,Justeru biarlah kemerdekaan kita pada kali ini adalah kemerdekaan yang hakiki dengan kita membersihkan hegemoni pemikiran Barat yang telah menular masuk sedikit demi sedikit dalam kehidupan kita. Virus yang menjadikan pemikiran manusia untuk lebih mengagung-agungkan Taghut dari ketuanan Islam seharusnya disucikan dan dimurnikan dengan rasa penuh kehambaan dan ketaqwaan diri kepada Allah dalam kita meraikan sambutan kemerdekaan pada tahun ini. Semoga kemerdekaan kita pada tahun ini akan menatijahkan kemerdekaan yang hakiki dengan kita menyingkirkan segala hegemoni pemikiran penjajah dalam diri kita sebagaimana Rasulullah telah menyingkirkan segala kebatilan Taghut ketika peristiwa bersejarah Pembukaan Kota Mekah.


Sempena Ramadhan yang mulia ini, saya menyeru agar kita tidak sambil lewa sebaliknya bersungguh-sungguh dalam memelihara kualiti ibadah puasa kita guna me’mukat’ tawaran-tawaran hebat Ramadhan. Kita bukan sekadar menjaga makan, minum dan perkara membatal pada lahiriah sahaja, sebaliknya mari kita pelihara seluruh anggota tubuh badan kita bermula dengan mata agar tidak melihat perkara yang diharamkan, memelihara telinga dari mendengar perkara yang tidak mendatangkan manfaat, memelihara makanan, minuman sewaktu berbuka dan bersahur agar tidak dari tangan-tangan yang fasiq, dan tidak melakukan pembaziran. Awasilah apa yang akan disuap ke mulut, kerana ia akan menjadi darah daging, peliharakan ia agar hati tidak menjadi keras dan akhirnya menghilangkan kelazatan ibadah.

Moga-moga kemerdekaan kita pada tahun ini lebih bermakna.

Salam Kemerdekaan, Salam Ramadhan.


- Hairul Faizal Bin Isa -

 

   

Imtihan peluang mengaut kefaqihan ~ Presiden PPMS

AddThis Social Bookmark Button

Maksudnya : “..supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendalam Pengetahuan-Nya tentang apa yang kamu lakukan”.

(Al-Mujadalah : 11)

Salam Imtihan buat semua,

Untuk kesekian kalinya bumi berkat Syria di’hantui’ satu suasana yang menjadi ketakutan atau seolah-olah ‘mimpi ngeri’ kepada kebanyakan tholabah al- ‘ilm iaitu fatrah yang dikenali dengan fatrah imtihan. Alhamdulillah.. kekadang kita berfikir, sebenarnya kita sangat beruntung berada di bumi berkat ini kerana wujudnya para ulama’ yang ikhlas di sekeliling kita dan yang paling penting ialah ???? (suasana) menuntut ilmu yang sukar kita dapati di tempat-tempat lain.

Baca Lagi: Imtihan peluang mengaut kefaqihan ~ Presiden PPMS

   

Page 1 daripada 2