Khamis 09 September 2010
Saiz Teks
   

Majlis Tertinggi PPMS

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PPMS KE-20

AddThis Social Bookmark Button

 

Ruj.Kami : PPMS/08/03/KD/PU(6)

Tarikh      : 6 November 2008 bersamaan 8 Zulkaedah 1429H.

 

Kepada :

 

Semua Ahli,

Persatuan Pelajar Malaysia Syria.

 

Assalamualaikum Wrt Wbt,

 

Tuan / Puan,

 

PEMBERITAHUAN DAN JEMPUTAN KE MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PPMS KE-20

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

2.                Pihak Exco Lembaga Eksekutif (ELE) Persatuan Pelajar Malaysia Syria (PPMS) telah memutuskan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan PPMS Kali Ke-20 akan diadakan pada :

  • Tarikh : 22 November 2008
  • Waktu : 7.30 pagi (Sabtu)
  • Tempat : Dewan Niqabah Muallimin, Jamiah Dimasyq.

 

3.                Sehubungan dengan itu, mana-mana ahli yang ingin membuat usul semasa mesyuarat tersebut hendaklah menghantar cadangan usul sebelum 14 November 2008 kepada Setiausaha Agung untuk dibincang dan ditapis. Cadangan usul tersebut juga boleh diserahkan melalui emel ppms_86@hotmail.com. Usul tersebut hendaklah dinyatakan sekali nama pencadang dan nombor ahli PPMS.

 

4.                Kehadiran dan kerjasama semua ahli dalam menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan ini amatlah dialu-alukan. Segala kerjasama yang diberikan kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

 

Sekian, terima kasih.

 

 

"BERILMU, BERAMAL, BERISTIQAMAH"

"MEMACU PERUBAHAN MERINTIS KEGEMILANGAN"

 

 

Yang benar,

 

(MUHAMAD HAFIZULLAH BIN MUDA)

Setiausaha Agung,

Persatuan Pelajar Malaysia Syria (PPMS),

Sesi 2008.

 

 

Isu Pendaftaran Pelajar Baru & 'Serangan'

AddThis Social Bookmark Button

Assalamualaikum W.B.T

  1. Berhubung dengan isu pendaftaran pelajar baru di maahad-maahad Syar'ie di Syria, pihak PPMS masih tidak mempunyai sebarang maklumat yang jelas dan bertulis sebagai rujukan untuk semua pihak. Sehingga kini, kami masih lagi berusaha bersama pihak kedutaan untuk mengumpul maklumat bagi menyelesaikan masalah ini.
  2. Merujuk kepada tajuk AS serang Syria, Pakistan di Berita Harian Online dan Tentera AS gempur ladang di Syria, 8 maut di Utusan Online, pihak kami telah merujuk secara lisan kepada pihak Kedutaan Malaysia di Syria dan menyatakan bahawa 'serangan' itu tidak memberi kesan besar kepada suasana keselamatan negara Syria dan keadaan di Damsyik masih lagi tenang dan aman. Kejadian 'serangan' itu berlaku di sempadan Syria-Iraq, jauh daripada ibukota negara Syria, Damsyik.

 

peta

peta

 

 

 

28 Oktober 2008.

Setiausaha Agung PPMS,

Muhamad Hafizullah Bin Muda.

   

Page 1 daripada 3