berita
Kempen LS 100 dr Damsyiq Ke Gaza

Assalamualaikum wbt.
Seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini, sempena Lifeline4Gaza PPMS (LL4G PPMS), kutipan derma akan dijalankan.InsyaAllah sehingga 12 Mei 2010 (Rabu) wakil-wakil LL4G PPMS akan mula menerima derma ikhlas anda.
Kempen “100 LS dari Damsyik untuk Gaza”?
Kempen “100 LS dari Damsyik untuk Gaza” ini ialah satu kempen yang diadakan untuk menggalakkan para ahli PPMS menderma sekurang-kurangnya 100 LS seorang ke dalam Tabung LL4G PPMS. Walaubagaimanapun ingin ditegaskan, ini hanyalah galakan, bukannya paksaan.
Dan mengapa 100 LS?
100 LS itu mungkin kelihatan besar bagi kita, tetapi hakikatnya nilai itu hanyalah satu pecahan kecil daripada nilai yang diperlukan untuk membangunkan semula sebuah Negara. Dan sama-sama kita harapkan, agar nilainya lebih besar di sisi Allah kelak, insyaAllah.
“Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan bagi siapa yang Dia kehendaki, dan Allah Maha Luas, Maha Mengetahui” (Al-Baqarah 2:261)
Mengapa mesti menderma kali ini? Bukankah derma untuk tabung Palestin sudah kerap kali dijalankan sepanjang tahun?
Jawapannya, kerana misi kali ini bukanlah seperti misi-misi bantuan kemanusiaan yang dihantar ke Gaza sebelum ini.
Misi kali ini bukan sekadar membawa bantuan makanan dan perubatan, tetapi mempunyai tujuan yang lebih besar, iaitu membangunkan semula Palestin. Antara bahan yang dibawa bersama adalah bahan-bahan pembinaan seperti simen dan besi.
Konvoi ini merupakan konvoi bantuan kemanusiaan terbesar di dunia setakat ini dan melibatkan 20 buah kapal dan bot.
Konvoi ini akan diketuai oleh Perdana Menteri Turki, Tayyib Erdogan sendiri. Bantuan akan dibawa terus ke Gaza menggunakan hubungan diplomatik kerajaan Turki yang mempunyai Perjanjian Keselamatan dengan Israel semenjak Perang Dunia Kedua. Menurut butiran perjanjian tersebut, Israel tidak boleh mengganggu kapal-kapal dari Turki.
Semoga dengan usaha kita yang kecil ini mampu menjanjikan kita sesuatu yang lebih besar di akhirat kelak. InsyaAllah.
Download rakaman temuramah koordinator Lifeline4Gaza di IKIM.fm (4 mei 2010)
Program Bintang Hati(BH) kali ke-2
Medan, 2 April - Tiap kejayaan itu memerlukan pengorbanan dan kesungguhan disertai dengan tawakal dan doa kepada yang Maha Esa. Setiap daripada kita membawa segunung harapan ibubapa yang ingin melihat anaknya berjaya serta memikul tanggungjawap untuk berbakti kepada masyarakat di Malaysia.
Itu antara intipati pengisian dalam program Bintang Hati (BH) kali ke-2. Bermulanya program pada 2 April jam 8.45 malam dan berakhir pa keesokkan harinya. Ia telah diadakan di rumah Persatuan Pelajar Malaysia Syria (PPMS).
Program anjuran Lajnah Penerangan & Pembangunan Siswi (L2P) telah meletakkan majlis bacaan Yasin, solat hajat dan qiamullail sebagai agenda utama dalam pembawakan BH kali ini. Pengarah program, Mastura Zakaria berkata pendekatan ini dilaksanakan untuk memberi kekuatan rohani kepada ahli Helwi sebelum musim peperiksaan pada awal Mei bagi mahasiswi Takhasus Fatah Islami dan Mujamma’ Syeikh Ahmad Kiftaro.
Tambah beliau lagi, BH bukan sahaja memberi peluang untuk mengeratkan rantaian ukhuwah sesama ahli Helwi bahkan bertujuan untuk meningkatkan hubungan dua hala antara ahli Helwi dan exco Helwi.
Program ini juga turut mengadakan tayangan filem ‘Laskar Pelangi ‘yang berlangsung selama dua jam untuk memberi motivasi kepada ahli Helwi yang bakal menghadapi peperiksaan. Ia dilihat cukup memberi manfaat dengan pengisian tentang kegigihan sekumpulan pelajar yang ingin berjaya walaupun dalam keadaan serba kekurangan serta kesanggupan ibubapa untuk berkorban demi kejayaan anak-anak. Pembawakan santai ini memberi kesan yang mendalam kepada mereka yang hadir.
Program disusuli dengan motivasi pagi yang disampaikan oleh Nurul Aisyah Amir Ramli, mantan exco HELWI sesi 2007/2008 yang juga merupakan mahasiswi tahun 4 di Mujamma’ Syeikh Ahmad Kiftaro. Perkongsian beliau memberi input yang banyak untuk meningkatkan kesedaran kepada ahli Helwi.
“Kita seharusnya berlumba-lumba merebut peluang untuk menuntut ilmu terutamanya ilmu Fiqh dan ilmu Akidah yang menjadi keperluan oleh masyarakat di Malaysia. Pengurusan waktu yang baik sangat membantu untuk kita mempelajari pelbagai kemahiran semasa berada di bumi Syam ini,” katanya.
Ujarnya, erti hidup ini adalah untuk memberi sebanyak-banyaknya dengan cara mengabungkan diri dengan masyarakat dalam konteks di Malaysia dan bergabung tenaga serta bersatu dengan PPMS dalam konteks kita di Syria.
Dapat dirumuskan bahawa program BH yang diakhiri dengan doa rabitah dan salam ukhuwah ini, memberi semangat kepada ahli Helwi yang hadir sebelum menempuh imtihan disamping mengeratkan ukhuwah mereka.
Majlis perpisahan Dato' Duta
Midan, 9 MAC - Satu majlis perpisahan peringkat PPMS telah diadakan dengan kehadiran semua pimpinan PPMS baru (2010) dan lama (2009) serta seluruh kakitangan kedutaan bersama keluarga masing-masing. Majlis yang bermula pada jam 8.45 malam itu telah dimulakan dengan ucapan alu-aluan presiden PPMS, Ustaz Nasruddin Mohamed Noori.
Dalam kalamnya, presiden menyebut hubungan baik antara kedutaan dan PPMS telah bermula sejak Konsulat kedutaan ditubuhkan lagi iaitu pada tahun 2001. Presiden juga memuji serta berterima kasih kepada Dato' Duta yang telah bersungguh-sunguh membantu ahli PPMS secara khususnya dan rakyat Malasyia amnya terutama dalam isu visa pelajar. Dato' juga telah berjaya membantu PPMS dalam menerima bantuan kewangan luar daripada syarikat korporat Malaysia di Syria mahupun rombongan kerajaan yang telah berkunjung ke Syria.
Dato’ Duta dalam ucapannya pula menceritakan peranan sebenar kedutaan iaitu menjaga hubungan di antara Malaysia dan tuan rumah serta menjaga kebajikan rakyat Malaysia di negara tersebut. Dato’ juga menegaskan mengenai pandangan sesetengah pihak bahawa kedutaan adalah wakil kerajaan tetapi sebenarnya duta ialah wakil negara yang berhubung secara terus di bawah Yang di Pertuan Agong.
Dato’ juga berharap agar segala urusan kebajikan seperti isu visa dan juga isu pengiktirafan yang telah beliau bangkitkan dalam pertemuan bersama Dato’ Masyitah Ibrahim dan rombongan Majlis Agama dapat terus diperjuangkan selepas ini. Dato’ juga berharap agar lepasan mahasiswa di syria tidak hanya sibuk dengan alam pekerjaan sahaja, bahkan juga berkecimpung dengan dunia masyarakat dan PPMS adalah jalan yang paling mudah untuk belajar berkecimpung dengan alam pekerjaan dan dunia masyarakat.
Majlis berakhir dengan persembahan lagu perpisahan oleh Ustaz Ali dan penyampaian cenderamata daripada PPMS untuk Dato’ Duta. Beliau yang telah berkhidmat di sini hampir dua tahun terkenal dengan seorang yang ramah dan suka berseloroh. Beliau telah berkhidmat di sini bermula pertengahan bulan Ogos 2008. Selepas ini,Dato’ akan meneruskan perkhidmatannya di Belgium, Jerman.
Kepada Tuan Yang Terutama, Dato Duta Malaysia ke Syria; Jasamu dikenang,pemergianmu dirasai. Moga meneruskan khidmat cemerlang dan menabur bakti kepada agama, bangsa dan negara walau di mana Dato’ berada.
Perpisahan dengan Dato' Duta

INTERNATIONAL ISLAMIC GLOBAL BUSINESS AND ENTERPRENEUSHIP CONFERENCE
Normal 0 false false false MicrosoftInternetExplorer4 st1\:*{behavior:url(#ieooui) } /* Style Definitions */ table.MsoNormalTable {mso-style-name:"???? ????"; mso-tstyle-rowband-size:0; mso-tstyle-colband-size:0; mso-style-noshow:yes; mso-style-parent:""; mso-padding-alt:0in 5.4pt 0in 5.4pt; mso-para-margin:0in; mso-para-margin-bottom:.0001pt; mso-pagination:widow-orphan; font-size:10.0pt; font-family:"Times New Roman"; mso-ansi-language:#0400; mso-fareast-language:#0400; mso-bidi-language:#0400;}
BARAMKEH, 22 Mac – Universiti Utara Malaysia ( UUM ) dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi ( KPT ) dan Fakulti Ekonomi, Universiti Dimashq telah menganjurkan program International Islamic Global Business Enterpreneuship Conference yang diadakan di Dewan Fakulti Ekonomi, Universiti Dimashq.
Malaysia diwakili oleh 100 orang pensyarah daripada universiti seluruh Malaysia yang bertujuan untuk mempromosikan universiti yang terdapat di Malaysia serta berusaha menjalinkan hubungan dua hala dengan universiti terbabit.MOU ini dijangka akan dapat dicapai penghujung tahun ini. Program yang berjalan selama empat hari ini melibatkan dua negara iaitu Jordan dan Syria.
Program yang bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 5.00 petang itu mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada penuntut universiti terbabit.
WARNA-WARNI BUDAYA MAJLIS MALAM KESENIAN DAN KEBUDAYAAN IPAS
JAMARIK, 12 Mac – Majlis Malam Kesenian Dan Kebudayaan anjuran Ikatan Pelajar Asean (IPAS) yang diadakan di Dewan Auditorium Tishreen, Kuliah Farmaseutikal, Universiti Damascus pada jumaat yang lalu berjalan dengan jayanya dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para pelajar Asean di Syria dengan kehadiran yang dianggarkan mencecah 500 orang. Majlis ini merupakan antara program tahunan anjuran IPAS. IPAS merupakan himpunan persatuan-persatuan pelajar di Syria yang dianggotai oleh Persatuan Pelajar Malaysia Syria (PPMS), Perhimpunan Pelajar Indonesia (PPI), Dewan Mahasiswa Singapura Damsyiq (DMASYQ), Pertubuhan Pembebasan Patani Bersatu (PULO), dan Persatuan Pelajar Bangsa Moro (BMSU). Majlis penuh gemilang yang bermula pada pukul 8 malam itu dimulakan dengan ucapan daripada setiap presiden persatuan-persatuan pelajar yang menganggotai IPAS. Kebanyakan daripada mereka menyatakan komitmen yang tidak berbelah bagi terhadap IPAS bagi mewujudkan kesatuan dan kesefahaman di antara persatuan-persatuan pelajar khususnya para pelajar yang berasal dari rumpun bangsa Melayu di Asia Tenggara. TYT Dato’ Ibrahim Bin Abdullah, Duta Besar Malaysia ke Syria dalam ucapan perasmiannya menegaskan tentang kepentingan kesatuan persatuan-persatuan pelajar Asean di Syria. Simbolik perasmian majlis dilancarkan bersama oleh setiap presiden persatuan dan pertubuhan pelajar. Penyampaian trofi bagi para pemenang dalam Sukan IPAS yang lalu turut diadakan bagi setiap acara yang dipertandingkan. Majlis diserikan lagi dengan persembahan pembukaan daripada para pelajar yang mewakili PPI dengan menampilkan alat muzik tradisional Kulintang. Selain itu, antara yang menarik perhatian ialah persembahan pantomen dan puisi daripada para pelajar yang mewakili PPMS dan PULO. Persembahan pantomen dari para pelajar yang mewakili PPMS memaparkan tentang perjuangan Tok Janggut di Kelantan pada zaman penjajahan British dahulu untuk membebaskan negeri itu dari belenggu penjajah. Manakala puisi yang dipersembahkan oleh para pelajar dari PULO memaparkan tentang perjuangan rakyat Patani untuk membebaskan wilayah Patani dari cengkeman penjajah yang memerlukan pertolongan negara-negara jiran untuk turut serta membela dan memperjuangkan hak rakyat Patani yang dizalimi. Majlis itu akhirnya disudahi dengan persembahan penutup dari para perwakilan. Pihak penganjur mengucapkan tahniah di atas penglibatan para pelajar dan mengharapkan suatu natijah yang baik akan terhasil daripada program seperti ini.
Artikal Lain...
Page 1 daripada 8